11 July 2013

SPRM tutup kes politik wang terus dipertikai

PKR, dalam satu sidang media perang tadi mengemukakan bukti bergambar mengenai amalan politik wang semasa PRU13 pada 5 Mei lepas.

Datuk Abdul Halim yang tewas di DUN Teluk Bahang berkata, beliau selaku salah seorang pengadu tidak pernah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan siasatan.

Justeru, beliau melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Pengarah SPRM Pulau Penang, Datuk M.Samarajoo baru-baru ini yang menyebut kesemua kes penyelewengan pilihan raya berwajib ditutup atas dalih tiada bukti.

"Kalau ini bukan politik wang, apa lagi yang patut dipanggil kerana ada orang membayar, ada pengundi menerima dan ada saksi sanggup beri ketenangan jika SPRM buka semula fail siasatan," ujar Abdul Halim di Komtar, George Town.

Abdul Halim berkata, pihaknya membekalkan bukti berupa gambar serta klip video semasa membuat aduan kepada SPRM sebelum ini.

"Kita juga akan tuntut penjelasan Peguam Negara (Tan Sri Abdul Ghani Patail. Kita minta buka semula fail siasatan kerana bukti-bukti yang sedia ada cukup untuk proses siasatan," ujar beliau.

Bekas calon Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd. Bakhtiar Wan Chik dan Mohd. Tuah Ismail (bekas calon ADUN Pulau Betong) turut hadir pada sidang media itu.

Rosidi Hussein, calon Pas bagi DUN Penaga turut hadir.

Hadir bersama, dua peguam yang mewakili pengadu, Datuk Praba dan Raveentharan.

Semalam, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin turut memprotes kenyataan Samarajoo.

PGC harap Jaringan Sisa Sifar berjaya - Wei Aik

NG Wei Aik (tiga dari kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian pengkalan data Jaringan Sisa Sifar di sini baru-baru ini.
PENANG Green Council (PGC) berharap pelancaran pengkalan data Jaringan Sisa Sifar (www.pgc.com.my/zerowastenetwork) baru-baru ini mampu mengurangkan lagi pembuangan sisa harian di negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik berkata, sistem pengkalan data itu menjelaskan mengenai lokasi kitar semua di lima daerah seluruh negeri berkenaan supaya jumlah sisa buangan harian yang dikumpulkan di Pusat Pelupusan Sampah Pulau Burung dekat daerah Seberang Perai Selatan (SPS) boleh dikurangkan.

“Sebanyak 102 pusat kitar semula terkandung dalam pencarian di laman tersebut. Ia juga merangkumi tempat yang sesuai bagi jenis sisa buangan (seperti) logam, kertas, plastik dan elektronik yang boleh dikitar semula yang di hasilkan oleh kita setiap hari,” ujar beliau dalam satu majlis ringkas d Auditorium A, Komtar di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pengkalan data itu turut memudahkan pelanggan mencari data berwajib seperti syarikat kitar semula, kategori sisa yang dikitar semula, proses kitar semula efektif dan sebagainya.

Justeru, beliau yakin e-sistem tersebut mampu menyemarak lagi kesedaran hijau di negeri berkenaan, selain, mewujudkan peluang pekerjaan alternatif dan peniagaan berkaitan industri kitar semula dalam kalangan rakyat.

Inisiatif kehijauan mula diperkenal oleh Kerajaan Negeri sejak lima tahun lepas dan terus diiktiraf di rantau ini hingga sekarang.

MPPP isytihar perang iklan 'haram' - Ah Tiong

MPPP bertungkus lumus menurunkan sebuah papan iklan gergasi ‘haram’ di Bulatan Gurney baru-baru ini selepas tamatnya tarikh pemutihan yang diberikan. | Foto: Buletin Mutiara.

ONG Ah Teong (baju putih, tiga dari kanan) memerhatikan sebuah papan iklan ‘haram’ yang telah diturunkan oleh MPPP di Bulatan Gurney baru-baru ini.


MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) terus melaksanakan operasi menurunkan papan iklan tanpa lesen atau sudah tamat tempoh di sekitar pulau baru-baru ini.

Ahli Majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata, operasi pemutihan itu mendapati kira-kira 100 iklan sahaja mendapat kelulusan serta lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala, lebih 400 lain adalah iklan ‘haram’.

“Bagi pengusaha dan pemilik iklan ‘haram’ yang masih belum membuat permohonan rasmi selepas tarikh tersebut, kita (PBT) tidak teragak-agak merobohkannya satu demi satu.

"Ini cukup membuktikan bahawa MPPP kini memandang serius terhadap perkara ini," ujar beliau dalam satu operasi di George Town yang disertai 20 Direktorat Penguakuasaan MPPP.

Menurut beliau, langkah drastik MPPP itu dilakukan selepas menyedari bahawa peristiwa ribu yang melanda negeri berkenaan baru-baru ini hampir menumbangkan tiga papan iklan di tiga lokasi berasingan dekat Jalan Gottlieb, Persiaran Gurney dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Pada Mac lepas, MPPP memulakan operasi pemutihan dengan melekat 32 notis amaran berwarna merah pada papan-papan iklan yang dikenal pasti ‘haram’.

Dari jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 21 papan iklan tanpa lesen telahpun diturunkan oleh pihak penguatkuasaan majlis.

Tidak cukup dengan itu, katanya, MPPP membekukan kesemua permohonan baru dalam tempoh setahun ini supaya memberi masa kepada para pegawainya melakukan operasi pemutihan papan iklan yang sedia ada.

Justeru, katanya lagi, semua syarikat pengiklanan berwajib digesa segera memohon atau memperbaharui lesen masing-masing setiap tahun demi mengelak tindakan penguatkuasaan MPPP.

MP Bukit Bendera kecam vandalisme gambar tokoh Umno



Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme pada papan iklan milik Urban Development Authority (UDA) dekat Tanjong Tokong yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein al-Haj (perdana menteri ke-2).

"Saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme ini," ujar Zairil (gambar) pagi tadi menerusi emel.

Setiausaha Politik bagi Setiausaha DAP Lim Guan Eng itu berkata, beliau secara peribadi sangat menghormati jasa Abdul Razak dalam pembangunan negara bangsa.

Malah, kata Zairil, ayahandanya Tan Sri Mohamed Khir Johari merupakan kawan karib yang pernah menyertai kabinet pertama pimpinan Abdul Razak.

Bagi beliau yang mengamalkan budaya politik baru, perbuatan vandalisme itu menggambarkan mereka yang tidak bertanggungjawab kebudak-budakkan.

Justeru, katanya, perbezaan politik kepartian seharusnya tidak menjurus pada serangan peribadi atau fizikal mana-mama ahli politik.

"Meskipun saya dan Datuk Seri Najib berbeza dari segi pandangan politik, namun saya tetap yakin bahawa tumpuan harus diberikan kepada perdebatan idea, dasar dan ideologi – bukan serangan peribadi atau fizikal," ujar beliau.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus