MPPP bertungkus lumus menurunkan sebuah papan iklan gergasi ‘haram’ di Bulatan Gurney baru-baru ini selepas tamatnya tarikh pemutihan yang diberikan. | Foto: Buletin Mutiara. |
ONG Ah Teong (baju putih, tiga dari kanan) memerhatikan sebuah papan iklan ‘haram’ yang telah diturunkan oleh MPPP di Bulatan Gurney baru-baru ini. |
MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) terus melaksanakan operasi menurunkan papan iklan
tanpa lesen atau sudah tamat tempoh di sekitar pulau baru-baru ini.
Ahli Majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata, operasi pemutihan itu mendapati
kira-kira 100 iklan sahaja mendapat kelulusan serta lesen daripada pihak
berkuasa tempatan (PBT), manakala, lebih 400 lain adalah iklan ‘haram’.
“Bagi pengusaha dan pemilik iklan ‘haram’ yang masih belum membuat
permohonan rasmi selepas tarikh tersebut, kita (PBT) tidak teragak-agak
merobohkannya satu demi satu.
"Ini cukup membuktikan bahawa MPPP kini memandang serius terhadap
perkara ini," ujar beliau dalam satu operasi di George Town yang disertai 20
Direktorat Penguakuasaan MPPP.
Menurut beliau, langkah drastik MPPP itu dilakukan selepas menyedari bahawa
peristiwa ribu yang melanda negeri berkenaan baru-baru ini hampir menumbangkan
tiga papan iklan di tiga lokasi berasingan dekat Jalan Gottlieb, Persiaran
Gurney dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Pada Mac lepas, MPPP memulakan operasi pemutihan dengan melekat 32 notis
amaran berwarna merah pada papan-papan iklan yang dikenal pasti ‘haram’.
Dari jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 21 papan iklan tanpa lesen
telahpun diturunkan oleh pihak penguatkuasaan majlis.
Tidak cukup dengan itu, katanya, MPPP membekukan kesemua permohonan baru dalam
tempoh setahun ini supaya memberi masa kepada para pegawainya melakukan operasi
pemutihan papan iklan yang sedia ada.
Justeru, katanya lagi, semua syarikat pengiklanan berwajib digesa segera
memohon atau memperbaharui lesen masing-masing setiap tahun demi mengelak tindakan
penguatkuasaan MPPP.
No comments:
Post a Comment