Skip to main content

Posts

Showing posts from December 13, 2014

Barah 1MDB menunggu Pecah, kata Husam Musa

1MDB sebagai satu skandal terbesar era Najib dan katalis kejatuhan Najib nampaknya kian menjadi kenyataan.Laporan polis oleh salah seorang pemimpin UMNO bahagian sendiri dan kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru bakal membawa impak yang besar.Timbalan Ketua UMNO Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam laporan polisnya, antara lain memohon siasatan dijalankan mengenai;a. Pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang pada harga RM1.38 billion, yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa (dari dua pemilik)b. Pelaburan misteri sebesar US$1.2 billion dalam sebuah syarikat dikenali PetroSaudi International Ltd.c. Pembelian sebidang tanah dari syarikat Tadman Resources Bhd di Pulau Indah dengan harga RM317 milliond. Pembayaran bunga pinjaman yang lebih tingi dari kadar pasarane. Pembayaran yuran kepada Goldman Sachs International yang dikira berlebihanf. Pembelian aset janakuasa IPP seperti Powertek Energy d…

Tazkirah | Santai Tapi Sampai

"Terima kasih Abang hadiah perfume wangi.""Hari ini kan hari lahir Sayang.""Tapi, bukan dulu Abang kata pakai perfume haram ke?""Itu (hukum haram pakai perfume) masa kita belum kahwin. Sekarang, kita kan dah sah sebagai suami isteri."ULASAN FAQAR
Mesej paling penting, antaranya, "jangan terbuka sangat sampai hanyut, jangan tertutup sangat sampai jumud."Asal hukum (al-hukmu li zatihi) bersolek (tabbarrujj) adalah harus. "Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya..." [Surah Al-'Araf: 32]Kemudian, ia boleh berubah (baca: al-hukmu li ghairihi) kepada haram, sunat, makruh dan wajib.Perubahan hukum bergantung kepada perubahan (1) masa, (2) tempat dan (3) kondisi, sebagaimana contoh di atas.Ini bukti hukum syarak dinamik, sebagaimana disebut dalam satu kaedah fiqh*:Iza dhoqa al-amru ittasa'aMaksud: Apabila sempit sesuatu, maka ia menjadi lu…

#DEKPOS: Benarlah permintaan melebihi tawaran punca 'gelembung hartanah'?

SESETENGAH ahli ekonomi berpendapat bahawa sistem kuota perumahan yang diwujudkan di negara ini kerana unit rumah yang dibina tidak cukup untuk memenuhi permintaan rakyat.Malah, mereka berpendapat bahawa harga rumah yang kian melambung naik sebenarnya berpunca oleh permintaan khalayak melebihi tawaran Kerajaan.Inilah antara logik yang seringkali keluar daripada mulut pembeli spekulatif dengan mengatakan "hartanah membelon tidak boleh dielakkan lagi."Sebenarnya, bank akan terus menggalakkan pinjaman perumahan tidak kira sama ada rumah mencukupi atau sebaliknya.Ini kerana, amalan sedemikian merupakan salah satu cara institusi kewangan tersebut mengaut keuntungan melalui interest atau riba pinjaman.Setuju?
ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
+60194241583[Penulis tengah mencari anggota 'kongsi gelap ilmiah' untuk merealisasikan projek Diskusi Ekonomi Politik Sosial a.k.a #DEKPOS]

#DEKPOS: Gelembung Hartanah

"Anda mungkin tidak siuman atau gila publisiti untuk meramalkan apa yang bakal terjadi pada harga rumah," kata Mervyn King, Gabenor Bank of England.Ada empat faktor berlakunya 'gelembung hartanah'.1. Kos tanah untuk mendirikan rumah.2. Permintaan melebihi tawaran dalam pasaran.3. Bencana.
Contoh: Harga hartanah di kawasan banjir merudum.4. Galakan pinjaman kerana itu keuntungan untuk bank & syarikat pinjaman kredit.
ULASAN BJ FAQAR
Nilai asrama SMKA Al-Mashoor (L) tempat saya belajar dulu tidak pernah mengalami 'gelembung hartanah' walaupun di tengah-tengah bandar George Town.Rumah perlu dilihat sebagai (1)komoditi, atau (2)keperluan, semacam saya lihat asrama yang selesa tanpa perlu membelinya?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
+60194241583[Penulis tengah mencari anggota 'kongsi gelap ilmiah' untuk merealisasikan projek Diskusi Ekonomi Politik Sosial a.k.a #DEKPOS]

Azizan Razak, Dr. Hatta mirip mantik Fadhil Noor

Cadangan menukar nama 'Yang di-Pertua Agung PAS' kepada panggilan Presiden suatu masa dulu sampai perlu mengadakan satu Muktamar Khas (EGM) dalam parti masa depan itu.Banyak pihak, khususnya daripada sayap pemuda mengkritik tajam atas cadangan Presiden PAS Datuk Fadhil Mohd. Noor.Fadhil digambarkan cuba menyerupai Umno kerana parti asabiah tersebut memanggil pemimpin nombor satunya sebagai 'Presiden'.Itu, menurut mereka, menyalahi syarak kerana ada nas melarangannya."Sesiapa menyerupai satu-satu kaum, maka dia daripada kalangan mereka..." (mafhum hadith)Masa sesi penggulungan, Fadhil Noor respons, "Kalau Presiden Amerika dipanggil sebagai Amirul Mukminin sekalipun nanti, kalau dia kafir dia tetap kafir."Terkesima habis muktamirin-muktamirat dengan hujah mantik Fadhil.Sesetengah pihak kata, logik mantik sebegitu ada sedikit banyaknya pada Tan Sri Ustaz Azizan Razak, selepas pemergian Fadhil.Semasa isu air meledak di Kedah, Azizan atas kedudukannya se…