22 September 2017

Polisi Buffer Stock Solusi Bela Penoreh Getah



Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Wacana Ekonomi | Akan datang, bolehkah seorang Melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?

Menurut seorang penulis mesra PKR menelah, DAP yang kini lebih ramai disertai Melayu patut sudah mempunyai seorang Melayu untuk menjadi Ketua Menteri.

Esok lusa, penyokong Ketua Menteri Lim Guan Eng atau akar umbi parti DAP yang berbangsa Cina pula akan menelah balas, "Selangor pun perlu ada seorang Menteri Besar berbangsa Cina menggantikan penyandang, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali kerana PKR pun telah ramai disertai Cina?"

WACANA pokok penulis bersama-sama Zolkifly Md. Lazim (kiri) dan Pengerusi NGO Mutiara Infak Pembela Anak Yatim & Ibu Tunggal Pulau Pinang, Ustaz Izham Hashim di Seberang Jaya tadi mengenai grand design 'Koridor Ekonomi Balik Pulau' di sini, pada pagi tadi.

Menjelang Jumaat tadi, saya ada berjumpa dengan Pengerusi Bahagian BERSATU Parlimen Balik Pulau, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim - "Sebenarnya Pakatan Harapan nak tawar apa kepada rakyat, khususnya orang Melayu di Pulau Pinang?"

Secara peribadi, katanya, "elok BERSATU sendiri menawarkan sesuatu yang real material, yang rakyat boleh berasa dan boleh faham?"

Saya sebut bahawa rakyat marhaen yang susah, tidak kira bangsa, sebenarnya tidak peduli pun mengenai kempen jalanan pembangkang name-calling Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rejim kleptokrasi dll.

Balas Zolkifly, BERSATU sendiri ada bercakap juga isu-isu berkaitan harga getah jatuh dll.

Saya sebut, memang lah oposisi mempertikai kelemahan rejim kleptokrasi kerana harga susu getah negara yang begitu rendah.

"Tetapi, apakah solusi ekonomi Pakatan Harapan dalam membela nasib penoreh getah, untuk melayakkan blok oposisi itu disokong oleh pengundi terbanyak Malaysia pada PRU14 nanti?

"Kita mungkin ingat BERSATU Pulau Pinang tak relevan pun bawa isu harga getah murah sebab bukan ada ladang getah di negeri ini.

"Tapi, kena ingat pekerja di Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas atau Mak Mandin atau Batu Kawan, di antara mereka adalah anak penereh getah dari Jeniang atau Sik (Kedah) atau Selama dan Sungai Siput (dekat Perak)," balas saya.

Bagi saya, bincang solusi ekonomi membela penoreh getah ini adalah real material yang lebih menguntungkan rakyat, berbanding 'perbincangan tak berfaedah' - "siapa Ketua Menteri Melayu Pulau Pinang daripada Pakatan Harapan?"

Umumnya, harga getah beku (cumlump) yang dibeli oleh peraih adalah mengikut harga pasaran dunia pasaran dunia.

Sebagaimana tidak boleh Kerajaan Malaysia mengawal harga pasaran minyak dunia, begitulah tidak boleh mengawal harga getah beku dunia.

Walaupun begitu, sebenarnya Kerajaan Pusat masih boleh regulasi harga getah beku dunia.

Ketika harga getah beku yang dibeli peraih begitu rendah, kurang RM2 sekilogram, katakanlah Kerajaan Pusat menetapkan siling harga getah domestik pada pada paras RM4 sekilogram.

Kerajaan Persekutuan akan membeli secara langsung getah beku daripada penoreh RM4 sekilogram, ketika harga getah beku dunia berasa dalam keadaan rendah.

Langkah Kerajaan Persekutuan ini semacam subsidi juga, langsung kepada penoreh getah demi mengelakkan manipulasi oleh 'orang tengah'.

Dan penoreh getah boleh langsung menjual kepada peraih apabila harga getah dunia lebih tinggi, di atas paras RM4 sekilogram.

Sebenarnya Kerajaan Pusat tidak berbelanja hangus untuk subsidi peneroka, kerena tabung getah beku tadi turut boleh dijual secara lambakan ketika harga getah beku dunia dalam kadaran tertinggi melebihi RM4 sekilogram.

Inilah Buffer Stock Policy.

Setuju?



Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus