Skip to main content

Posts

Showing posts from July 1, 2012

Mengapa Umno nak laksanakan Hudud di Johor?

CADANGAN Umno untuk menjadikan Johor negeri pertama melaksanakan hudud di tanah air ini semestinya akan menggamit sentimen PAS untuk kembali mewacanakan isu malar segar itu dalam lanspap politik tanah air.

Tentunya cadangan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat itu tidak dilalukan secara semberono.

Justeru, pihak berwajib wajar untuk menghitung sebab musabab atau motif di sebalik iltizam polotik Umno di negeri berkenaan.

Semua kita tahu bahawa Umno termasuk di Johor mengamalkan perjuangan perkauman ekstrem yang zalim.

Kalau tidak, sudah lama PAS menjadi pilihan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli parti perkauman Umno berkenaan.

Di sebalik cadangan melaksanakan Hudud di Johor itu sudah tentu untuk menajamkan kebimbangan rakyat khususnya bukan Islam (baca: Cina) terhadap perjuangan PAS.

Dalam kamus politik Umno, Melayu mungkin boleh dikekalkan menyokong parti perkauman itu. Tetapi, Cina dan India dijangka akan memberi 'undi senyap' kepada wawasan PAS yang ditera…