Skip to main content

Posts

Showing posts from July 2, 2014

Ziarah Kasih Ramadan kuasakan komuniti desa – Dr. Afif

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Lebih 30 komuniti setempat bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr. Afif Barhardin menganjurkan program Ziarah Kasih Ramadan dengan membaik pulih rumah seorang warga emas yang dikenali sebagai “Nenek Halijah”, 71, serta menziarahi beberapa keluarga terpilih dekat Kampung Pertama di sini baru-baru ini.
Pengarah penganjur, Amir Md. Ghazali memberitahu, program tersebut dianjurkan menggunakan sumbangan komuniti serta peruntukan Zakat Pulau Pinang (ZPP) berjumlah RM3,000.
“Dalam rekod kita, Nenek Halijah tinggal dengan cucunya adik Hafiz, iaitu seorang OKU (orang kurang upaya).
“Maka, kita pilih untuk baiki struktur fizikal rumah ini, seperti bumbung, dinding serta kerja-kerja mengecat semula sempena menyambut bulan Ramadan,” ujar Amir, yang juga bekas Ahli Majlis bagi  Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Pertama turut menyertai program tersebut.
Dr. Afif, yang j…

Daftar OKU buka pintu pelbagai bantuan, kata Mohd Rashid Hasnon di Fiesta Santai Rakyat

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PERMATANG PASIR - Masyarakat perlu membantu keluarga  anak kurang upaya (OKU)membuat pendaftaran di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi berwajib lain supaya pelbagai peluang bantuan serta sokongan kepada ibu bapa boleh diproses bagi menguruskan anak istimewa.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata demikian semasa mengulas isu pesakit cerebral palsy Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan terabai di rumahnya dekat Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
“Tak perlulah menuding jari kepada sesiapa pun kalau kita empati. Tapi, sebagai masyarakat kita perlu bantu keluarga yang mempunyai anak istimewa seperti Muhammad Firdaus ini atas nama kemanusiaan supaya kes seperti ini tidak berulang di negeri ini pula,” respons Mohd. Rashid kepada wartawan di sini baru-baru ini.
Mohd. Rashid yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Pembangunan Masyarakat berkata demikian pada Fies…