02 July 2014

Daftar OKU buka pintu pelbagai bantuan, kata Mohd Rashid Hasnon di Fiesta Santai Rakyat

MOHD. Rashid Hasno (bertopi putih) bersama-sama komuniti setempat dalam salah satu acara sukan rakyat, iaitu pertandingan mengupas dan makan durian di sini baru-baru ini. | Foto: Page FB TKM1

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PASIR - Masyarakat perlu membantu keluarga  anak kurang upaya (OKU)membuat pendaftaran di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi berwajib lain supaya pelbagai peluang bantuan serta sokongan kepada ibu bapa boleh diproses bagi menguruskan anak istimewa.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata demikian semasa mengulas isu pesakit cerebral palsy Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan terabai di rumahnya dekat Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Tak perlulah menuding jari kepada sesiapa pun kalau kita empati. Tapi, sebagai masyarakat kita perlu bantu keluarga yang mempunyai anak istimewa seperti Muhammad Firdaus ini atas nama kemanusiaan supaya kes seperti ini tidak berulang di negeri ini pula,” respons Mohd. Rashid kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Mohd. Rashid yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Pembangunan Masyarakat berkata demikian pada Fiesta Santai Rakyat di Pekan Kubang Semang, yang disertai lebih 2,000 orang.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Jusni Ismail dan Amir Md. Ghazali (bekas Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) turut menyertai program tahunan tersebut, yang meliputi kelima-lima daerah.

Mohd Rashid memberitahu bahawa progra Fiesta Santai Rakyat ini akan turut dilaksanakan di empat daerah lain, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya. 

“Tiap-tiap tahun, Fiesta Santai Rakyat ini diadakan di kelima-lima daerah untuk mendekatkan Kerajaan Negeri dengan komuniti, dan tahun ini kita mula di SPT dulu,” ujar Mohd. Rashid, sambil merakamkan sambutan Ramadan kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Selain kenduri rakyat, sukan rakyat, lawatan ke ladang pisang, acara redah kampung merupakan antara program menarik pada program kali ini, yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Mohd. Rashid turut menyampaikan sumbangan kepada lebih 30 keluarga terpilih sempena menyambut Ihya’ Ramadan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus