SUKARELAWAN Komuniti Permatang Pauh mengecat semula rumah “Nenek Halijah” pada program Ziarah Kasih Ramadan di sini baru-baru ini. | Foto: Page FB Dr. Afif Bahardin |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Lebih 30
komuniti setempat bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya
Dr. Afif Barhardin menganjurkan program Ziarah Kasih Ramadan dengan membaik
pulih rumah seorang warga emas yang dikenali sebagai “Nenek Halijah”, 71, serta
menziarahi beberapa keluarga terpilih dekat Kampung Pertama di sini baru-baru
ini.
Pengarah
penganjur, Amir Md. Ghazali memberitahu, program tersebut dianjurkan
menggunakan sumbangan komuniti serta peruntukan Zakat Pulau Pinang (ZPP)
berjumlah RM3,000.
“Dalam rekod
kita, Nenek Halijah tinggal dengan cucunya adik Hafiz, iaitu seorang OKU (orang
kurang upaya).
“Maka, kita
pilih untuk baiki struktur fizikal rumah ini, seperti bumbung, dinding serta
kerja-kerja mengecat semula sempena menyambut bulan Ramadan,” ujar Amir, yang
juga bekas Ahli Majlis bagi Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Pertama turut menyertai
program tersebut.
Dr. Afif, yang
juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan
pula memberitahu, program Ziarah Kasih Ramadan ini wajar diteruskan kelak demi
memperkuasa komuniti atas semangat kejiranan, khususnya di luar bandar.
“Program
seumpama ini wajar diteruskan, kerana ia kuatkan komuniti kejiranan khususnya
di kampung-kampung dan desa-desa,” ujar
Dr. Afif.
Selain
kerja-kerja membaiki rumah “Nenek Halijah”, Dr. Afif, Amir serta sukarelawan
komuniti Permatang Pauh lain turut melakukan ziarah mesra beberapa keluarga
terpilih di sini.
No comments:
Post a Comment