Skip to main content

Posts

Showing posts from May 16, 2016

Tempur 12 pesilat muda sambut Presiden PKR di Jelajah Semarak Kasih Permatang Pauh

Zainulfaqar Yaacob 16 Mei 2016
PERMATANG PAUH - Persembahan aksi tempur 12 pelatih muda Silat Seni Warisan Tok Guru Mufni menyambut Presiden PKR Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam program Jelajah Semarak Kasih (JSK) di Kampung Simpang 4 Permatang Batu semalam.
Dr. Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan. 
Ketua Cabang Permatang Pauh Amir Amir Haji Ghazali memberitahu , JSK selama dua hari berakhir semalam dianjurkan sempena sambutan kemenangan lebih setahun Dr. Wan Azizah atau mesra dipanggil "Kak Wan" sebagai Ahli Parlimen di sini. 
"Ini juga sebagai ingatan bahawa perjuangan reformasi yang digagaskan oleh saudara (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tak pernah pudar dengan 'Deklarasi Permatang Pauh' pernah dibuat oleh rakyat sendiri dahulu, walau…