03 March 2015

Pelaburan ke P.Pinang naik 93 peratus berbanding sebelum 2008, Guan Eng respons pembangkang

(Dari kiri) FARIZAN Darus, Mohd. Rashid Hasnon, Lim Guan Eng dan Rosli Jaafar pada acara gimik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PDC di sini, tengah hari tadi.

KETUA Menteri (kiri sekali) menyampaikan ucapan perasmian pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PDC di sini, tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAYAN LEPAS - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaburan ke Pulau Pinang dalam tempoh tujuh tahun sehingga 2014 masih menunjukkan peningkatan sebanyak 93 peratus menjadi RM48,211 juta, berbanding angka RM24,932 juta yang direkodkan dalam tempoh sama sebelum tahun 2008.

"Perbandingan dalam tempoh tujuh tahun lebih adil, kita dapat RM48,211 juta (dalam tempoh 2008 hingga 2014), dan tujuh tahun sebelum 2008 hanya RM24,932 juta.

"Ini adalah perbezaan yang amat ketara tentang prestasi (Kerajaan Negeri) sekarang dan dulu," ujar Guan Eng pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini, tengah hari tadi tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Dato' Seri Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) dan Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC).

Penjelasan Guan Eng itu sekaligus menolak dakyah pembangkang Pulau Pinang kononnya pencapaian yang diraih sekarang semuanya adalah hasil pembangunan infrastruktur pelaburan strategik oleh Kerajaan Negeri era Umno Barisan Nasional, sebelum tahun 2008.

Justeru, Guan Eng menasihatkan pembangkang Pulau Pinang menerima hakikat bahawa Kerajaan Negeri yang ada hari ini jauh lebih berkualiti berbanding dulu.

MIDA mendedahkan, pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2008 berjumlah RM10,156.30 juta, diikuti, RM2,165.24 juta (2009), RM12,237.96 juta (2010), RM9,106.01 juta (2011), RM2,471.46 (2012), RM3,912.26 (2013) dan RM8,162.37 juta (2014).

Manakala, pelaburan Kerajaan Negeri era Barisan Nasional lalu yang direkodkan MIDA bagi tahun 2007 berjumlah RM4,768.66 juta, diikuti, RM5,350.65 juta (2006), RM4,624.85 juta (2005), RM2,030.27 juta (2004), RM1,922.99 juta (2003), RM2,398.32 juta (2002) dan RM3,837 juta (2001).

Terdahulu, Guan Eng memberitahu bahawa Lembaga Pelaburan Antarabangsa Malaysia (MIDA) mendedahkan bahawa projek pelaburan ke Pulau Pinang yang diluluskan Kerajaan Negeri bagi tahun 2014 sahaja direkodkan ketiga tertinggi dibelakang negeri Johor dan Sarawak.

"Tahun 2013 kita (Pulau Pinang) di tangga ke empat, dan naik tangga ketiga pada tahun 2014, dengan 109 peratus pertambahan jumlah pelaburan berbanding 2013.

"Tahniah atas pencapaian ini...ini bukan main-main, tetapi industri pelaburan yang menekankan nilai tambah, berteknologi tinggi dan berasaskan ilmu kepakaran," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Ekoran itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merakamkan penghargaan kepada para wakil industri berwajib serta agensi persekutuan MIDA yang bekerja keras bersama-sama Pengurus Besar InvestPenang, Loo Lee Lian memajukan potensi sektor pelaburan negeri.

Pun begitu, penghargaan yang disampaikan oleh Guan Eng itu seakan turut menggamit rasa tidak selesa pemimpin pembangkang tertentu di negeri ini.

MIDA merekodkan keseluruhan pelaburan di Pulau Pinang berjumlah RM8.2 bilion (RM8,162,372,366), iaitu RM3,048,778,075 daripada pelabur domestik dan baki RM5,113,594,291 daripada pelabur asing.

Jumlah keseluruhan pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2013 pula berjumlah RM3.9 bilion (RM3,912,256,265), iaitu RM2,117,861,775 daripada pelaburan domestik dan baki RM1,794,394,490 daripada pelaburan asing.

Berasaskan rekod dwi tahunan itu, sekaligus menunjukkan pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2014 meningkat kira-kira 109 peratus berbanding tahun 2013.

Laporan MIDA mendedahkan pelaburan masuk ke negeri paling tinggi bagi tahun 2014 adalah Johor yang berjumlah RM21.2 bilion, diikuti Sarawak (RM9.6 bilion), Pulau Pinang (RM8.2 bilion), Selangor (RM7 bilion), Kedah (RM5.3 bilion), Pahang (RM5.2 bilion), Melaka (RM4.5 bilion), Negeri Sembilan (RM3.1 bilion), Sabah (RM2.9 bilion), Perak (RM1.7 bilion), Terengganu (RM1.6 bilion), Kelantan (RM1.2 bilion), Perlis (RM212,908,237), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM49,044,878) dan Wilayah Persekutuan Labuan (RM33,081,891).

Keseluruhan pelaburan negeri-negeri bagi tahun 2014 berjumlah RM71.9 bilion (RM71,852,673,536), iaitu RM32,259,962,083 daripada pelabur domestik dan baki RM39,592,711,453 daripada pelabur asing.

Tasawur Amal Islami PasMA

Firman Allah:

La yukallifu Allahu nafsan illa wus'aha..

ULASAN
Setinggi-tinggi jihad adalah berperang di jalan Allah, dan serendah-rendah jihad adalah 'amal Islami yang semampu mungkin.

Justeru, semua amal Islami yang meninggikan agama Allah di dalam PAS atau di luar jamaah Islam berkenaan mempunyai kepentingan serta kewajipan tersendiri, yang secara sederhananya wajar diiktiraf.

Sesungguhnya Al-Quran sendiri mengiktiraf pengorbanan Amar bin Yassir r.a., yang menyelamatkan nyawanya dengan berpura-pura kafir.

Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf amar ma'ruf nahi mungkar sekalian mukallaf, walaupun dengan hati.

Justeru, eloklah kita berdoa serta mengambil sikap yang sederhana dengan mengiktiraf semua abna'u al-harakah yang gigih melakukan 'amal Islami siang dan malam ini, sama ada secara terbuka bersama-sama wadah PasMa ataupun secara dalaman dalam jamaah Islam PAS yang sama-sama kita sayangi ini.

In sha Allah.



ZAINULFAQAR YAACOB
Timbalan Pengerusi II
PasMa Pulau Pinang


NUHA Anwar & Zainulfaqar Yaacob bergambar selepas berkongsi pentas ceramah 'March2Freedom' di Galeri Pejuang Kg Cheruk To'Kun, malam tadi. |

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus