12 June 2018

Tak bankrap pula Malaysia kalau pinjam Yen daripada Jepun?


Malaysia minta pinjaman dari Jepun, lapor Astro Awani pada 12 Jun 2018.

Komen saya di Facebook begini:

1. Sebelum ini, Geng Anak Muda Cari Jho Low berdakyah kononnya projek ECRL dll akan mengakibatkan Malaysia dijajah oleh ‘China Merah’ (sampai sekarang mereka diam selepas temberang rakyat Malaysia).

2. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengumumkan Malaysia nak bankrap, hutang negara lebih RM1 trilion, hatta terpaksa membatalkan beberapa projek pengangkutan awam moden negara. 

3. Kemudian, boleh pula mempunyai hasrat meminjam daripada Jepun? Tak takut dijajah oleh ‘Tentera Jepun’ ka? (Baca: rujuk kempen paling bodoh Geng Anak Muda Cari Jho Low) 

4. Pinjaman pelaburan Malaysia daripada China adalah dalam bentuk Renmenbi yang begitu selamat. Contoh: kalau ikut perjanjian 1 Yuen dibayar dengan RM3, maka dalam keadaan mata wang naik turun seberapa pun, bayaran pada nisbah yang dipersetujui bersama.

5. Dalam projek KLIA & KLIA 2 pun, Dr Mahathir setuju pinjaman daripada Jepun, tapi dalam bayaran Ringgit Malaysia, sebab lebih selamat kalau segala hutang dalam mata wang negara. Tapi, hasrat perdana menteri ketujuh itu nak buat pinjaman dari Jepun adalah dalam mata wang asing. Bayang betapa risiko apabila pinjaman negara bukan dalam mata wang RM.

END 

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus