Skip to main content

Posts

Showing posts from January 24, 2014

Baiki 51 rumah Tmn. Seruling Emas sebelum sewa beli RM100 sebulan - Guan Eng

KERAJAAN Negeri membeli 51 rumah pangsa kos rendah di Taman Seruling Emas dekat Seberang Perai Selatan (SPS) dan akan dijual kepada pemohon yang layak secara sewa beli pada kadar RM100 sebulan, tidak termasuk RM20 kos penyelenggaraan tiap-tiap bulan.
Atas maksud itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan RM71,000 lagi untuk menyediakan kelengkapan asas seperti kipas dan lampu di kesemua rumah berkenaan demi memberi keselesaan kepada bakal pembeli yang layak.
Itu, katanya, tidak termasuk kos RM679,362 yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi membaiki kerosakan sedia ada di unit-unit rumah tersebut, khususnya pada bahagian bumbung.
"Memandangkan cadangan ini dikemukakan atas dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR), maka, perbincangan lanjut telah dibuat bersama (pemaju) Syarikat Asas Dunia Berhad," ujar Guan Eng dalam satu sidang media di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, pengurusan 51 unit rumah ini akan diserahkan kepada Ba…

Siasat peniaga daging khinzir terbuka ikut garis panduan - Exco

MAJLIS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diminta menyiasat kes perniagaan daging khinzir secara terbuka di beberapa lokasi sebagaimana yang dibangkitkan oleh Pertubuhan Perpaduan dan Kebajikan Islam (ISCO), pagi tadi.Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, operasi tiap-tiap gerai terbabit perlu dilihat sama ada mengikut garis panduan MPPP atau sebaliknya."Memang ada garis panduan MPPP tentang penjualan daging khinzir di luar pasar, jadi, saya akan minta MPPP siasat aduan ini."Kita perlu meneliti situasi penjualan khinzir sebagaimana dalam memorandum itu, sama ada ikut garis panduan MPPP atau tidak," ujar Abdul Malik pada satu sidang media bersama-sama Ahli Lembaga Perbadanan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (Halal Penang), Datuk Mohd.Salleh Man pada tengah hari tadi di Komtar, George Town.Abdul Malik berkata demikian pada satu sidang media mempromosi Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidon yang dij…