08 February 2013

60 hari Najib rancang huru-hara mesti diganti dengan aksi rakyat tuntut peralihan kuasa Putrajaya secara aman?

SELEPAS mandat tamat pada 8 Mac nanti pun, boleh jadi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengumumkan pembubaran Kerajaan bagi memberi laluan pada pilihan raya umum ke-13. 

Takkan pilihan raya mahu dilangsungkan serentak dengan Lima Langkawi yang menerima partisipasi pelabur-pelabur asing?

Mungkin pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh caretaker government, iaitu dalam masa 60 hari dari tempoh mandat tiada.

Sepanjang tempoh itu, Setiausaha Kerajaan Negeri yang dilantik oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat akan mengurus tadbir Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh 60 hari itu, macam-macam perkara boleh berlaku.

Iklan Untuk Sebaran!











PI perkenal wawasan sedekad 'Paradigma P.Pinang'

DARI KIRI: Chow Kon Yeow, Woo Wing Thye, Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari, Abdul Malik
Abul Kassim, Phee Boon Poh, Wong Hon Wadi dan Stevan Sim Chee Keong mempamerkan
poster Paradigma Pulau Pinang
Penang Institute (PI) dalam masa terdekat akan membentangkan wawasan sedekad masa depan Pulau Pinang yang dikenali sebagai Paradigma Pulau Pinang.

Pengarah Eksekutif PI, Prof Datuk Woo Wing Thye tengah hari tadi berkata, pelan itu antara lain demi memulihkan dinamisma ekonomi negeri.

Selain itu, beliau berkata, pelan tersebut demi meningkatkan kesesuaian negeri berkenaan untuk didiami dengan kelestarian alam semula jadi.

Malah, katanya, pelan itu disediakan demi mempercepat pembangunan sosial dengan penyemaian keharmonian sosial serta meluaskan rangkuman sosial.

"Tiga faktor menjadi asas bagi Paradigma Pulau Pinang (iaitu) idea-idea pembangunan umum, pelaburan swasta yang berdaya saing serta diselia oleh kerajaan berwibawa, dan infrastruktur awam yang berkualiti serta progresif.

"Dasar-dasar utama yang kami (PI) cadangkan untuk Pulau Pinang juga dapat diguna pakai oleh Malaysia di peringkat kebangsaan dalam merencana ketiga-tiga proses sosio-ekonomi ini di seluruh negara," ujar beliau dalam sidang media bersama Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Komtar, George Town.

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang

Demi Islam, rakyat wajib tuntut peralihan kuasa secara aman daripada Najib Razak

gambar haiasan
BERKAT peralihan kuasa Kerajaan Negeri secara aman kepada DAP/Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008 ternyata menguntungkan warga Pulau Pinang, khususnya Melayu.

Peruntukan Hal Ehwal Islam sekarang meningkat tiap-tiap tahun berbanding era Umno/Barisan Nasional dulu.

Era Umno/Barisan Nasional dulu, peruntukan agama Islam bagi tahun 2008 berjumlah RM25.49 juta.

Manakala, era DAP/Pakatan Rakyat pula,  peruntukan agama Islam bagi tahun 2009 sebanyak RM35.78 juta, diikuti RM37.48 juta (2010), RM63.21 juta (2011) dan RM64.03 juta (2012).

Rekod kejayaan Pulau Pinang ini menjadikan DAP/Pakatan Rakyat Impian Malaysia.

Justeru, tiap-tiap rakyat wajib tuntut peralihan kuasa secara aman daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang!!!

#Aman ! ! !

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang

Kalimah Allah: Harun Din, Harun Taib ugut keluar parti depan Hadi


Di sebalik ketetapan Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas melarang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah, ada beberapa perkara tidak didedah kepada khalayak.

1. Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuktikan beliau adalah seorang pemimpin yang terbuka serta komited untuk melakukan dialog dengan bukan Islam mengenai isu Kalimah Allah, bukan melarang bulan Islam daripada menggunakannya.

2. Atas keterbukaan Hadi, Datuk Dr Harun Din dan Datuk Harun Taib dalam mesyuarat MSU itu didedah mengugut untuk keluar Pas sekiranya Hadi konsisten dengan pendiriannya itu. Akhirnya Hadi mengambil pendirian melarang bukan Islam dari menggunakan Kalimah Allah.

3. Keputusan MSU itu sendiri sebenarnya menyaksikan sebahagian anggota sahaja yang bersetuju bahawa bukan Islam dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah.

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus