DARI KIRI: Chow Kon Yeow, Woo Wing Thye, Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari, Abdul Malik Abul Kassim, Phee Boon Poh, Wong Hon Wadi dan Stevan Sim Chee Keong mempamerkan poster Paradigma Pulau Pinang |
Pengarah Eksekutif PI, Prof Datuk Woo Wing Thye tengah hari tadi berkata, pelan itu antara lain demi memulihkan dinamisma ekonomi negeri.
Selain itu, beliau berkata, pelan tersebut demi meningkatkan kesesuaian negeri berkenaan untuk didiami dengan kelestarian alam semula jadi.
Malah, katanya, pelan itu disediakan demi mempercepat pembangunan sosial dengan penyemaian keharmonian sosial serta meluaskan rangkuman sosial.
"Tiga faktor menjadi asas bagi Paradigma Pulau Pinang (iaitu) idea-idea pembangunan umum, pelaburan swasta yang berdaya saing serta diselia oleh kerajaan berwibawa, dan infrastruktur awam yang berkualiti serta progresif.
"Dasar-dasar utama yang kami (PI) cadangkan untuk Pulau Pinang juga dapat diguna pakai oleh Malaysia di peringkat kebangsaan dalam merencana ketiga-tiga proses sosio-ekonomi ini di seluruh negara," ujar beliau dalam sidang media bersama Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Komtar, George Town.
KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow, Wong Hon Wai (Exco Perancangan Bandar & Desa, Perubahan dan Kesenian), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Phee Boon Poh (Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) turut hadir dalam sidang media itu.
Hadir bersama, Ketua Pengarah Eksekutif PI, Zairil Khir Johari dan Stevan Sim Chee Keong (Ketua Pegawai Operasi PI).
Wong Thye berkata, pelan perancangan masa depan itu sudah tentu mengambil kira pemahaman masa lalu, termasuk membentangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam tempoh tahun 2000 hingga 2012 yang jauh lebih rendah daripada kadar pertubuhan dalam tempoh tahun 1984 hingga 1996.
Difahamkan, pelan perancangan itu adalah kesinambungan pada beberapa polisi negara maju yang diamalkan oleh pentadbiran Guan Eng sejak Mac 2008 demi mengurangkan kesan mudarat rejim dasar Persekutuan di Pulau Pinang.
"Kerajaan Negeri berjaya menggantikan kapitalisma kroni sebab persaingan yang adil, misalnya amalan tender terbuka untuk projek-projek awam.
"Kedua, memulakan desentralisasi dalam proses membuat keputusan, seperti, mendesak diadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.
"Dan ketiga, menghentikan kemerosotan dalam kualiti perkhidmatan, seperti, menggunakan prinsip CAT (cekap, akaubtabiliti, telus) dalam tadbir urus Kerajaan Negeri," ujar Wong Thye.
Inisiatif progresif itu sekaligus menggamit Rakyat untuk menilai kemampuan Pulau Pinang sebagai Impian Malaysia. -END
No comments:
Post a Comment