22 July 2014

Respons Khalid Ibrahim isu PKR setuju Dr Wan Azizah Wan Ismail calon MB Selangor

Penggantian dan pelantikan MB Selangor perlu patuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
Menteri Besar Selangor

Azizah MB S'ngor, apa isu berbangkit PKR hadapi?

PKR pada peringkat seterusnya adalah meyakinkan PAS dan DAP presidennya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail layak untuk dimahsyurkan sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sumber Tropicana dipetik mesyuarat terbaru menyaksikan Datuk Sairuddin Nasution, Tuan Chua dan Rafizi Ramli semasa sesi perbahasan berjaya memujuk majoriti anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk memilih Dr. Wan Azizah.

Manakala, nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang turut disebut-sebut sebagai 'calon menunggu' sebelum ini dibawa perbahasan oleh Khalid Jaafar dan Shamsul Iskandar Md. Akin.

"Peringkat seterusnya adalah membawa nama Kak Wan (Dr. Wan Azizah) ke Pakatan Rakyat.

"DAP mungkin tiada masalah dengan nama Kak Wan, tetapi PAS sebelum ini ada ralat dengan status gender Kak Wan," ujar sumber semasa dihubungi pagi tadi.

Satu lagi sumber dari Pejabat Agung Jalan Raja Laut Yang dihubungi kemudian memberitahu, PAS agak ralat jika PKR menamakan calon wanita.

Lagi pun, katanya, Dr. Wan Azizah dikatakan tidak setanding dengan Khalid, khususnya dalam aspek membuat keputusan secara pentadbiran untuk Kerajaan Negeri Selangor jika ditaklif sebagai Menteri Besar nanti.

"Dari, isu perempuan jadi MB, kedua, PAS takut keputusan dalam satu-satu isu pentadbiran tidak dapat dibuat dan akhirnya dirujuk kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan Rakyat)," ujar sumber menerusi telefon.

Sumber turut mencadangkan suatu Jawatankuasa Pemandu rasmi yang dianggotai oleh wakil ketiga-tiga parti diwujudkan demi mengukuhkan kepemimpinan Menteri Besar Selangor yang baru, jika nama Dr. Wan Azizah sedia untuk dipertimbangkan nanti.

Terdahulu, Azizah secara rasminya diumum menggantikan Khalid MB S'ngor, adakah pro Azmin Ali sokong?

Rasmi: Azizah ganti Khalid MB S'ngor, adakah pro Azmin Ali sokong?


Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dipilih untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah yang dianggap sebagai pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor.

Menurut Anwar, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan isu air, lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu infrastruktur asas seperti sampah di negeri itu.

"Konsensus kita akan teruskan keputusan awal dan hanya letak satu nama untuk diberikan kepada majlis pimpinan Pakatan.

"Sudah tentu Tan Sri Khalid Ibahim diminta teruskan peranan beliau untuk bantu pentadbiran Selangor," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Anwar menyatakan majlis pimpinan tertinggi Pakatan akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi mendapatkan konsensus mereka.

Beliau menyatakan PAS dan DAP sebelum ini telah pun bersetuju perubahan kepimpinan di Selangor tetapi nama pengganti Khalid masih belum dibincangkan.

"Kita akan bentangkan secara rasmi dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rabu ini.

"PAS setuju perubahan kepimpinan Selangor tapi calon (menteri besar) belum diputuskan walaupun ada dibicarakan dalam mesyuarat sekretariat pakatan sebelum ini.

"Tapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan walaupun konsensus ada untuk peralihan pentadbirna yang baik dan tersusun," kata beliau.

Bagaimanapun Anwar gagal memberitahu bilakan peralihan kuasa ini berlaku dan hanya berkata ia "secepat yang boleh."

"Kita juga teruskan perbincangan dengan pihaknya (Khalid) dalam perkara ini," kata beliau.

Anwar turut menafikan laporan portal-poral yang menyatakan beliau telah pun melantik beberapa pemimpin PKR untuk mengganggotai pentadbiran baru Wan Azizah.

"Tidak ada perbincangan mengenai lantikan mana-mana pemimpin," tegas beliau.

Kasthuri Patto bawa isu gender ke antarabangsa

P. KASTHURIRAANI (berbaju merah) bergambar kenang-kenangan bersama bekas Presiden Iceland, Mary Robinson(depan, berbaju kot hitam) serta Ahli-Ahli Parlimen Wanita Sedunia di negara berkenaan baru-baru ini. Mary merupakan pemimpin wanita pertama dipilih menjadi presiden negara dan pernah diiktiraf antara pemimpin yang berintegriti selama tempoh lebih enam tahun memerintah Iceland.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Itu, cakap-cakap khalayak apabila P. Kasthuriraani, 35, dipilih mewakili Parlimen Batu Kawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Fasih bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa Tamil. Pidatonya, saling tak tumpah seperti ayahnya, P. Patto, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Ipoh.

P. Patto dua kali diheret di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), iaitu selepas mendedahkan skandal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membeli tornado SPICA-M dari Sweden berharga RM9 bilion pada tahun 1978, dan Operasi Lalang 1987.

Dalam wawancara bersama-sama fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB baru-baru ini, Kasthuriraani mengakui bahawa semangat ayah serta rakan seperjuangan bersama-sama kaum pekerja terdahulu adalah sumbu inspirasi dalam menunaikan tanggungjawab kepada komuniti Batu Kawan.

“Pengalaman manis di Batu Kawan banyak. Saya diberi peluang untuk merasai semangat persahabatn dan kekeluargaan di antara semua etniksiti di sini, semasa kempen (PRU13) dan sekarang.

“Tugas kami, pasukan Batu Kawan di sini adalah berkhidmat untuk masyarakat, jadi tiada yang lebih menggembirakan lagi selain daripada membantu mereka dengan masalah mereka

“Mendiang ayah (P. Patto), Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah) dan kawan-kawan ayah adalah inspirasi saya apabila saya pilih jalan ini (sebagai wakil rakyat),” jelas Kasthuriraani semasa ditemui di pejabatnya di Taman Kasawari di sini baru-baru ini.

P. KASTHURIRAANI (kanan) semasa diwawancara oleh Zainulfaqar Yaacob (kiri) di pejabatnya Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Batu Kawan di sini baru-baru ini

Hobi
Gadis itu memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Microbiologi) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau hanya mempunyai seorang adik perempuan, dan tinggal bersama ibu.

Kehidupanya yang dikejar pelbagai tanggungjawab khususnya di Dewan Rakyat serta di kawasan Parlimen Batu Kawan membuatkan Kasthuriraani tersenyum apabila ditanya mengenai hobi pada masa lapang.

“Setakat ini, hobi saya telah mendapat tempat kedua dalam kehidupan saya kerana tugas Ahli Parlimen mengambil sepenuh masa saya.

“Sebelum ini, hobi saya membaca dan melukis, dan sekiranya ada sedikit masa, saya minat dengan kraftangan menjahit dan macam-macam lagi,” jelas beliau, tersenyum. 

Berjuang isu Gender
Tahu tidak tahu, di Parlimen, Kasthuriraani dikenali sebagai seorang yang konsistan membangkitkan isu-isu berkaitan kepentingan gender, khususnya wanita dan kanak-kanak.

Maka, tak hairanlah beliau merupakan salah seorang individu penting, yang turut diruangkan berperanan dalam Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan Briged Wanita Pulau Pinang.

“Di Pulau Pinang, perjuangan kesaksamaan gender dapat dilihat melalui inisiatif PWDC. kerajaan negeri juga telah memperkenalkan konsep Gender Responsive Budgeting, yang kini dalam 'pipeline' untuk diadaptasikan oleh Kementerian Kewangan.

“Akan tetapi, ada banyak juga yang perlu dilakukan, dari peringkat akar umbi dan dari golongan sosioekonomi yang rendah, di mana konsep melihat wanita dianggap dan diberi peluang yang sama seperti lelaki perlu sedikit asahan.

“Untuk kanak-kanak pula, banyak juga yang perlu dilakukan sekiranya (Kerajaan Negeri) Pulau Pinang mahu dilihat sebagai negeri yang memberi keutamaan bukan sahaja dari aspek kebajikan kanak-kanak, malah, hak-hak mereka sekali.

“Pulau Pinang mempunyai dua Yang di-Pertua (bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai) wanita serta DO (Pegawai Daerah) wanita, dan satu-satunya negeri yg mempunyai PWDC untuk menyelaras dan membantu dengan isu-isu wanita,” jelas Kasthuriraani lagi.

Beliau memuji kemitmen pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dan Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana giat mengutamakan agenda gender di negeri ini.

Ke Antarabangsa
Tahu tidak tahu, isu-isu gender berbangkit ini turut diketengah ke peringkat antarabangsa apabila Kasthuriraani mempunyai peluang menyertai forum-forum global.

“Saya ada berkongsi mengenai gerakan BERSIH (Pilihan Raya Adil & Bersih) semasa mewakili Malaysia dalam persidangan anjuran Kedutaan Amerika Syarikat ke Hawaii, Korea Selatan dan China pada September hingga Oktober tahun lepas. Di sana, saya turut berkongsi idea mengenai TPPA (Perjanjian Persefahaman Trans-Pasifik).

“Dalam persidangan di Bali (Indonesia) pada Fabruari lepas, mengenai pemimpin wanita di rantau Asia Tenggara terutama negara demokrasi Timor Leste, di mana wanita mewakili 38.5 peratus dari jumlah Ahli Parlmen mereka, (ertinya) wanita kini diberi lebih banyak ruang untuk menjadi sebahagian daripada tonggak pemimpin negara mereka.

“Di Bangkok (Thailand) pada Mac lepas, saya bersama-sama Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang) dan V. Sivakumar (Ahli Parlimen Batu Gajah) sertai satu persidang berhubung genosid, ethnic cleansing (pembersihan ernik) dan ‘crimes against humanity’...perhatian kami pada isu-isu hak asasi manusia di Cambodia di bawah Khmer Rouge, penindasan di Myanmar dan terhadap masyarakat Rohingya serta isu-isu di Filipina, Indonesia dan Sri Lanka,” ujar beliau.

Terbaru, menurut Kasthuriraani lagi, adalah kunjungan ke Iceland, sebuah negara yang dikatakan mempunyai latar belakang sejarah perjuangan yang begitu memartabatkan gender wanita hingga kini.

Semua Ahli Parlimen Wanita Malaysia dijemput ke satu forum antarabangsa di sana, dan Kasthuriraani pergi mewakili Parlimen Malaysia.

“Iceland, sebuah negara modal berhubung hak asasi wanita dan negara terawal dan pertama untuk melantik presiden wanita pertama di dunia.

“Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat telah meluluskan peruntukan untuk saya mengambil bahagian dalam forum tersebut dan saya mewakili malaysia dalam forum tersebut.

“Saya telah banyak belajar mengenai ‘good governance’ di Iceland dan usaha mereka utk tetap menyerap lebih ramai wanita dalam pentadbiran dan pimpinan mereka,” jelas beliau lagi, sambil memuji kesederhanaan pemimpin negara di sana dalam menggunakan wang rakyat untuk keperluan rasmi peribadi.

Ihya Ramadan
Kasthuriraani turut merebut masa mengadakan program amal untuk menghargai umat Islam terpilih, sempena bulan Ramadan dan hari lebaran yang kian kunjung tiba.

“Ramadan kali ini, kita mewujudkan Program Amal Syawal bertemakan ‘Beraya Bergaya Bersama’, di mana kita mengumpulkan pakai raya terpakai bermutu untuk diagihkan kepada umat Islam terpilih sebelum 1 Syawal nanti.

“Ini kan Malaysia. Ini kan kesederhanaan sebenar rakyat Pulau Pinang tanpa sentimen perkauman. Melayu, Cina, India dan semua kaum boleh saling menghargai dan saling kasih sayang,” jelas beliau.

Cabaran
“Di Batu Kawan sendiri, sebenarnya masih banyak perkara perlu dibuat. Setakat ini, isu-isu setempat yang berat dan perlu ditangani antaranya masalah perpindahan pekerja estet, masalah gembala lembu, isu banjir, isu trafik dan isu tanah.

“Semua ini ada cabaran dan rintangan tersendiri bagi saya sebagai wanita muda India. Bukan senang untuk menghadiri mesyuarat untuk mengetengahkan pandangan yang berbeza dalam dunia yang didominasi oleh kaum lelaki, umpamanya.

“Bagaimanapun, sebenarnya, saya lebih suka membincangkan apa yang boleh kita buat,” jelas beliau sambil berharap Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat, komuniti Batu Kawan terus menggalakkan insiatif menghagai gender, khususnya wanita dan kanak-kanak.

Uptown Perda kibar bendera Palestin bantah kezaliman Zionis

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Kempen kemanusiaan menuntut keadilan untuk rakyat Gaza turut dilancarkan peringkat Uptown Perda Seberang Jaya, dengan mengibarkan bendera Palestin dekat gerai-gerai penjaja Melayu di sini malam tadi.

Jurucakapnya Nasoruddin Shah Mat dalam satu kenyataan mendesak Putrajaya supaya memutuskan hubungan perdagangan 'Kerajaan dengan Kerajaan' dengan Zionis-Israel, jika benar minyak sawit negara ada dieksport melalui pelabuhan Ashod dan pelabuhan Haifa di negara haram tersebut sebelum ini.

"Kempen gantung bendera Palestin ini simbolik kita sokong kempen kemanusiaan untuk rakyat di Gaza, dan bantahan kita atas kezaliman Zionis Israel.

"Bagi kita, tidak cukup kempen boikot produk yang ada kaitan dengan Israel di kalangan rakyat, malah, hubungan dagang 'kerajaan dengan kerajaan' pun perlu diputuskan jika ada," tegas Nasorudin kepada wartawan.

Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang merangkap Penaung Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB)  Zolkifly Md Lazim turut menyertai kempen kemanusiaan tersebut.
Nasorudin yang juga pengerusi KPATSBB memberitahu, kempen sama turut akan diperluaskan di kawasan komersial Ropewalk Bagan dekat Butterworth pada tengah hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nasorudin turut memuji Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Butterworth, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kunjungannya di sini baru-baru ini, serta menyatakan pendirian yang lantang dan konsisten menyokong syor mengekalkan Uptown Perda Seberang Jaya di tapak komersial asal sedia ada.

"Rata-rata puji (peniaga Melayu) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmennya bersama perjuangan Uptown Perda, walaupun apa yang dinyatakan ini bukan mudah di Seberang Jaya ini," jelas Nasorudin lagi.





Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus