22 July 2014

Uptown Perda kibar bendera Palestin bantah kezaliman Zionis

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Kempen kemanusiaan menuntut keadilan untuk rakyat Gaza turut dilancarkan peringkat Uptown Perda Seberang Jaya, dengan mengibarkan bendera Palestin dekat gerai-gerai penjaja Melayu di sini malam tadi.

Jurucakapnya Nasoruddin Shah Mat dalam satu kenyataan mendesak Putrajaya supaya memutuskan hubungan perdagangan 'Kerajaan dengan Kerajaan' dengan Zionis-Israel, jika benar minyak sawit negara ada dieksport melalui pelabuhan Ashod dan pelabuhan Haifa di negara haram tersebut sebelum ini.

"Kempen gantung bendera Palestin ini simbolik kita sokong kempen kemanusiaan untuk rakyat di Gaza, dan bantahan kita atas kezaliman Zionis Israel.

"Bagi kita, tidak cukup kempen boikot produk yang ada kaitan dengan Israel di kalangan rakyat, malah, hubungan dagang 'kerajaan dengan kerajaan' pun perlu diputuskan jika ada," tegas Nasorudin kepada wartawan.

Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang merangkap Penaung Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB)  Zolkifly Md Lazim turut menyertai kempen kemanusiaan tersebut.
Nasorudin yang juga pengerusi KPATSBB memberitahu, kempen sama turut akan diperluaskan di kawasan komersial Ropewalk Bagan dekat Butterworth pada tengah hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nasorudin turut memuji Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Butterworth, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kunjungannya di sini baru-baru ini, serta menyatakan pendirian yang lantang dan konsisten menyokong syor mengekalkan Uptown Perda Seberang Jaya di tapak komersial asal sedia ada.

"Rata-rata puji (peniaga Melayu) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmennya bersama perjuangan Uptown Perda, walaupun apa yang dinyatakan ini bukan mudah di Seberang Jaya ini," jelas Nasorudin lagi.





No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus