Skip to main content

Posts

Showing posts from January 17, 2016

Perlu dana RM1,280 biaya bedah tempurung otak

PasMa Pulau Pinang
17 Januari 2016
GEORGE TOWN - Kemalangan sebagai pembonceng motosikal pada 11 Oktober tahun lalu di Sungai Batu dekat Balik Pulau mengakibatkan sebahagian tempurung otak Muhammad Nazirul Nazmi bin Johari, 9, pecah dan terlantar di atas kerusi roda sehingga kini.
Ibunya, Norilam binti Omar memberitahu pembedahan susulan dijadualkan pada awal Februari ini di Hospital Pulau Pinang.
"Pembedahan pertama pada 13 Oktober lalu. Pembedahan kali kedua ini memerlukan RM1,280 untuk kos bedah (serta) beli klip untuk tempurung otak anak saya, dan perlu bantuan untuk kos ini," jelas Norilam semasa ditemui di rumahnya baru-baru ini. 
Difahamkan, Muhammad Nazirul Nazmi hilang ingatan, hingga ibu dan ayahnya, Johari bin Ismail @ Othman tidak dikenalinya.
Hingga saat ini,  pelajar Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Seri Bayu itu tidak dapat mengurus dirinya, hingga makanan hadam terpaksa disalurkan melalui saluran alternatif yang ditebuk di lehernya.
Selain mencari dana perubatan unt…