Skip to main content

Posts

Showing posts from April 7, 2014

Gambaran aneh isu air Pinang

Pulau Pinang digambarkan tidak mengambil pengajaran daripada penswastaan air kepada Syabas di Selangor.Suka saya sebutkan, penghijrahan aset air Pulau Pinang kepada Putrajaya bukan suatu bentuk penswastaan, kerana Putrajaya itu adalah Kerajaan Pusat.Kedua, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) adalah bentuk penswastaan pengurusan sahaja.Sebab itu, tarif air di Pulau Pinang masih rendah, tidak seperti beberapa negeri lain yang mengamalkan penswastaan pemilikan.Secara mudah, orientasi penswastaan pengurusan senantiasa menguruskan air sebagai mutu keperluan manusiawi.Sebab itu, tarif air Pulau Pinang masih kekal terendah pada kadar 32 sen bagi 1,000 hingga 35,000 liter padu air yang pertama kerana untung terbanyak bukan urusan utama PBAPP.Manakala, orientasi penswastaan milikan pula lebih terdorong menjadikan sumber air sebagai komoditi komersial.Untuk perkongsian pendapat pada malam ini, penswastaan ada dua jenis:1. Penswastaan pengurusan
2. Penswastaan milikanPenswastaan milikan …

Punca isu air P.Pinang...

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB*Kerajaan Negeri merancang kenaikan tarif air demi mencegah pembaziran sumber asasi itu, selain, mengelak risiko catuan seperti yang terjadi di beberapa negeri lain pada masa akan datang.Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pada Sabtu lepas masih belum mengumumkan tarif air yang baru, tetapi, memberi jaminan bahawa rakyat akan tetap menikmati tarif air termurah di Malaysia.Sebelum ini, katanya, tarif air negeri terendah di Malaysia,  iaitu masih pada kadar 32 sen bagi 1,000 liter padu hingga 35,000 liter padu air yang pertama.Guan Eng, yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan terbarunya dipetik menjelaskan, diskaun 60 peratus bagi surcaj pemuliharaan air (WSC) akan tetap diberikan kepada keluarga yang terdiri oleh isi rumah lapan orang dan ke atas berkuatkuasa 1 Mei depan, demi memastikan kenaikan tarif nanti tidak membebankan pengguna."Mereka hanya perlu ke PBAPP dan menunjukkan kad pengenalan ahli keluarga yang ti…

Cinta inklusifkan dakwah Islamiah di Seoul, George Town - Zolkifly Md. Lazim

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAYAN BARU - Aspek kecintaan yang diterapkan dalam Islam mempu mendekati fitrah manusia di kalangan bukan Islam, kata penasihat NGO Infaq Kebajikan Ummah Takaful (IKUT) Zolkifly Md. Lazim satu kolokium yang membabitkan kira-kira 20 pertubuhan dakwah peringkat antarabangsa dan nasional di sini pada Sabtu lepas.
“Saya pernah berjumpa dan memberitahu seorang Imam Masjid di Korea - yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Islam Libya - enam tahun lepas bahawa Islam lebih mudah disebarkan ke negara itu melalui jalan perkahwinan kerana cinta akan menjadikan agama Islam inklusif untuk semua manusia.
“Saya terkejut apabila banyak anak-anak kecil berambut kerinting dan bermata sepek memberi salam semasa saya menziarahi Imam masjid itu (di Korea) baru-baru ini...mungkin disebabkan perkahwinan campur antara orang Islam (peranakan) Nigeria dan Pakistan dengan gadis-gadis tempatan (Korea) sejak beberapa tahun lepas,” ujar Zolkifly yang juga AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang di sini…

Idea 'rumah ganti rumah' bukan mustahil di P.Pinang - Rashid Hasnon

TKM1 puji Seraimas Bina beri penduduk asal rumah percuma

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PANTAI JEREJAK - Empat penduduk asal Kampung Permatang Nibong Tengah di sini bersetuju dengan budibicara pemaju Seraimas Sdn. Bhd. menerima rumah pangsa kos rendah dan serta tunai RM15,000 atas tanah sama di sini, sungguhpun idea 'rumah ganti rumah' itu dianggap mustahil oleh sesetengah pihak.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon selepas majlis menandatangani perjanjian persetujuan (MoA) berwajib memberitahu, pihaknya akan membantu pemaju Seraimas Bina Snd. Bhd. untuk mendapatkan kebenaran melaksanakan projek di atas tanah tersebut daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sesegera mungkin.
"Langkah ini akan membantu Kerajaan Negeri membuat satu garis panduan supaya hak penduduk asal tidak diabaikan dalam mana-mana projek pemajuan dengan budi bicara pemaju, tuan tanah serta sikap bertolak ansur penduduk sendiri," ujar Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri…