ZOLKIFLY Md. Lazim (empat dari kiri) berkongsi pengalaman dakwah antarabangsa di Korea pada Kolokium Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs) dakwah di sini, Sabtu lepas. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAYAN BARU - Aspek kecintaan yang diterapkan
dalam Islam mempu mendekati fitrah manusia di kalangan bukan Islam, kata
penasihat NGO Infaq Kebajikan Ummah Takaful (IKUT) Zolkifly Md. Lazim satu kolokium yang membabitkan kira-kira 20 pertubuhan dakwah peringkat antarabangsa dan nasional di sini pada Sabtu lepas.
“Saya pernah berjumpa dan memberitahu seorang Imam Masjid
di Korea - yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Islam Libya - enam tahun lepas bahawa
Islam lebih mudah disebarkan ke negara itu melalui jalan perkahwinan kerana
cinta akan menjadikan agama Islam inklusif untuk semua manusia.
“Saya terkejut apabila banyak anak-anak kecil
berambut kerinting dan bermata sepek memberi salam semasa saya menziarahi Imam
masjid itu (di Korea) baru-baru ini...mungkin disebabkan perkahwinan campur antara orang Islam
(peranakan) Nigeria dan Pakistan dengan gadis-gadis tempatan (Korea) sejak beberapa tahun lepas,” ujar
Zolkifly yang juga AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang di sini.
Menurut beliau, dakwah serupa dengan menekankan aspek cinta sesama manusia sebenarnya turut dapat memberi gambaran sebenar Islam kepada non-Muslim di Pulau Pinang.
Menurut beliau, dakwah serupa dengan menekankan aspek cinta sesama manusia sebenarnya turut dapat memberi gambaran sebenar Islam kepada non-Muslim di Pulau Pinang.
Tambah beliau, dakwah Islamiah kepada non-Muslim dengan menitik beratkan unsur
kecintaan sesama manusia ini sebenarnya mendekati maksud ayat 31 daripada Surah
Ali Iimran, yang bermaksud:
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
IKRAM Malaysia, GEMA, MACMA, PERSALAM,
OUTREACH ABIM, YMSC, SOLACE, ICS, IQ, Pusat Islam USM, Darul Hidayah, HCPP dan
Pusat Dakwah Islamiah antara perubuhan dakwah yang menyertai kolokium tersebut.
No comments:
Post a Comment