Skip to main content

Posts

Showing posts from May 29, 2013

Imbau ISA sebelum zalimi rakyat, DAP nasihat Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri baru dinasihat supaya berhenti menzalimi rakyat.Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menasihat demikian ekoran pendakwaan enam pemimpin Pakatan Rakyat di Mahkamah di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011.Mereka yang didakwa adalah Nik Nazmi Nik Ahmad, Thomad Su, Mohammad Anuar Zakaria, Nazree Yunus dan R.Yuneswaran."Berhenti menzalimi rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat."Saya menyeru Ahmad Zahid Hamidi (agar) mengimbas kembali detik-detik beliau menjadi mangsa undang-undang zalim ISA dahulu," ujar Steven melalui emel kelmarin.Bendahari DAPsy Pulau Pinang itu berkata, Ahmad Zahid sepatutnya lebih berimbang rasa memandangkan beliau sendiri pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1997 semasa mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.Perkembangan terbaru itu, katanya lagi, menyerlahkan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Seksyen 27 Akta Polis 1967 tidak…

Safwan tolak ikat jamin, lawan PM minoriti dari lokap

Safwan Anang yang dilokap semula kelmarin ekoran didakwa menyemarakkan Blackout505 menolak dari diikat jamin pagi tadi, kata pengasas SAMM che'GuBard.Safwan, pemimpin mahasiswa itu berkata beliau pilih risiko itu sebagai memprotes terhadap 'perdana menteri minoriti' Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa memperkuda sistem demokrasi hatta memincang PRU13."Isunya PRU yang pincang...dia (Safwan) minta anak muda tolak politik kepentingan sempit dan bangkit. Dia kini dibawa ke Sg. buloh," WhatsApp che'GuBard.Lanjutan itu, che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin berkata, satu himpunan aman sebagai solidariti untuk Safwan dilancarkan malam ini di perkarangan Penjara Sungai Buloh, Selangor.Dalam perkembangan berkaitan, aktivis hak asasi Harris Ibrahim, Tian Chua dan Tamrin Tun Gafar (bekas Exco Pemuda Umno Malaysia) turut ditangkap sekali lagi pada hari yang sama dengan Safwan. Siri-siri himpunan aman Blackout505 yang dilancarkan sejak 8 Mei lepas…

Fokus 100 hari Rashid Hasnon

APABiLA bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengambil pendirian untuk bertanding di Parlimen Nibong Tebal sahaja pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), namanya mula meniti di bibir rakyat Pulau Pinang.

Beliau pernah menjadi Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari tahun 2011 hingga tahun 2013.

Beliau dikenali sebagai profesional Islamis dalam kalangan rakan-rakan karib.

15 tahun sebagai Pengurus Kanan di sektor korporat ASE serta lima tahun berkhidmat sebagai Jurutera di PERNAS NEC menyerlahkan bahawa beliau seorang yang berpengalaman dalam dunia perindustrian.

Tidak cukup dengan itu, beliau pernah diberi tanggungjawab menguruskan seksyen pengurusan bagi Kilang Motorola Electronic selama lima tahun.

Malah, beliau pernah diberi kepercayaan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat korporat Data Ulung Sdn Bhd.

Selain itu, kewibawaannya turut dilihat dalam dunia gerakan badan bukan kerajaan (NGO) yang berlatarbelakangkan Islam.

Sel…