07 October 2012

Apa Pak Lah berjanji dengan bakal Ketua Pemuda PAS Pusat saya nih?

Apa Pak Lah berjanji dengan bakal Ketua Pemuda PAS Pusat saya nih

TAK LAMA dulu, saya pernah mendedahkan mengenai usaha membawa Nik Aziz bersetuju PAS bergabung dengan Umno atas nama Unity Government (UG) di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

Orang dari JAKIM yang mengatur pertemuan itu kata, Pak Lah nak beri projek lebuh raya Pantai Timur pada pemimpin pemuda yang berjaya.

Orang panggil saya "babi" sebab saya tulis benda-benda yang kononnya merugikan jamaah PAS.

Saya tanya, "yang rugi, jamaah PAS atau puak UG yang cuba mengkhianati perjanjian?"

Hari ini saya tulis sekali lagi bab ini sebab saya tak mahu kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat jatuh pada puak belawok.

Minta maaf kepada senior saya, Ustaz Ridwan Mohd Noor kalau berbasah jubah pergi kempen seluruh negara untuk memenangkan pengganti Nasruddin Hassan at-Tantawi nih.

"Jangan kamu campur aduk yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahui...." (Surah al-Baqarah: 42)

Siapa perempuan cun peluk ketat Tok Zahid Hamidi?


Keratan akhbar di atas Faqar kutip dari facebook.

Saya kata, "itu anak dia kot. biaq pi lah dia peluk cium sebab itu anak dia. Jangan 'haruan makan anak' udah laaaa"

Kawan saya kata, "Tok Zahid nie tak ada pun anak macam itu. Bini dia pun tak ada yang macam itu."

"Takkan perempuan simpanan kot...dia ini Islam Hadhari dan Wathatiyyah. Orang agama kalau nak peluk pun, dia peluk bini muda saja," kata kawan saya yang sorang lagi.

Kalau ada info, tontong lah di sini.

Kronologi R for Royalti Kelantan!

Kronologi Kes Saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas Berkenaan Isu Royalti Petroleum


2010

i. Kerajaan Negeri Kelantan telah menfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30-8-2010.

ii. Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk dijadikan defenden kedua pada 16-11-2010. Pendengaran permohonan tersebut sepatutnya berjalan di hadapan Hakim Nallini Pathmanathan pada 24-1-2011.

2011
iii. Namun begitu, pada 18-1-2011, Mahkamah Tinggi telah memindahkan kes saman ini dari Bahagian Dagang ke Bahagian Sivil. Pertukaran dilakukan secara dalaman tanpa perbincangan antara Mahkamah dengan kedua-dua belah pihak (Kerajaan Negeri dan Petronas). Hanya notis dikeluarkan oleh Mahkamah. Pendengaran yang sepatutnya berjalan pada 24-1-2011 juga turut ditangguhkan oleh Mahkamah disebabkan pemindahan kes tersebut.

iv. Kelantan kemudiannya telah memfailkan permohonan untuk memindahkan semula kes ini dari Bahagian Sivil ke Bahagian Dagang pada 15-3-2011 (“Permohonan Pemindahan Kes”).

v. Pada 22-3-2011, permohonan Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden kedua didengar dihadapan Hakim Zabariah dan permohonan tersebut dibenarkan (“Permohonan Menjadi Defendan Kedua”).

vi. Pada 23-3-2011, Kerajaan Negeri Kelantan memfailkan permohonan untuk mendapatkan Perintah agar Petronas menzahirkan dokumen berkenaan aktiviti carigali dan hasil carigali di perairan Kelantan serta lain-lain dokumen berkaitan (“Permohonan Penzahiran Dokumen”).

vii. Pada 30-3-2011, Petronas memfailkan pula permohonan untuk mendengar saman tersebut dengan cara penentuan isu undang-undang sahaja, melalui Aturan 14A, dan bukan melalui perbicaraan biasa yang melibatkan saksi-saksi (“Permohonan Aturan 14A”).

viii. Pada 31-3-2011, Permohonan Pemindahan Kes oleh Kerajaan Negeri Kelantan didengar di hadapan Hakim Zabariah. Permohonan tersebut ditolak oleh Hakim walaupun Petronas telah menyatakan tiada bantahan terhadap permohonan itu.

ix. Pada 21-4-2011, Kerajaan Persekutuan pula memfailkan Permohonan Aturan 14A, sepertimana yang dibuat oleh Petronas sebulan sebelumnya.

x. Sementara itu, Kerajaan Negeri merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap kedua-dua keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan Permohonan Pemindahan Kes dan Permohonan Menjadi Defendan Kedua. Kedua-dua Rayuan itu didengar bersama pada 26-5-2011. Kedua-dua Rayuan itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

xi. Pada 23-6-2011, Kerajaan Negeri kemudiannya memfailkan permohonan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan berkenaan kedua-dua keputusan rayuan yang ditolak di Mahkamah Rayuan. Walaubagaimanapun Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kedua-dua permohonan itu. Kesannya, Kerajaan Persekutuan kekal sebagai defenden kedua dan kes akan tetap dibicarakan di Bahagian Sivil. Kes kembali semula ke Mahkamah Tinggi.

xii. Pada 7-10-2011, Permohonan Penzahiran Dokumen pula didengar di hadapan Hakim Zabariah. Beliau memutuskan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dibenarkan dengan alasan, antara lain, Petronas sudah memfailkan permohonan Aturan 14 A. Kerajaan Negeri merayu terhadap keputusan tersebut.

2012
xiii. Pada 18-1-2012, Mahkamah Tinggi telah mendengar Permohonan Aturan 14 A oleh kedua-dua pemohon (Petronas dan Kerajan Persekutuan) dan membenarkan kedua-dua permohonan. Kerajaan Negeri kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut.

xiv. Tiga hari sebelum pendengaran di Mahkamah Rayuan iaitu pada 23-4-2012, Kerajaan Negeri dimaklumkan secara rasmi akan penyelesaian luar mahkamah antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan, melalui laporan akhbar The Edge. Oleh itu, Kerajaan Negeri Kelantan memfailkan Afidavit tambahan di Mahkamah Rayuan yang menyatakan fakta-fakta berkenaan penyelesaian itu.

xv. Pada 26-4-2012, Mahkamah Rayuan telah mendengar ketiga-tiga rayuan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia merangkumi pecahan berikut

a. Rayuan untuk membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Kelantan untuk mendapatkan perintah penzahiran dokumen oleh Petronas berkenaan semua aktiviti cari gali dan pengeluaran Petroleum Kelantan

b. Rayuan untuk membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan menggunakan Aturan 14 A oleh Petronas

c. Rayuan untuk membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan menggunakan Aturan 14 A oleh Kerajaan Persekutuan.

xvi. Pada pendengaran tersebut (26 April), Mahkamah rayuan menolak ketiga-tiga Rayuan. Peguam Kelantan juga memohon penzahiran terma-terma penyelesaian antara Petronas dan Terengganu, tetapi Petronas menyatakan melalui Afidavit Balasan bahawa mereka tidak terlibat dengan penyelesaian tersebut.

xvii. Kerajaan Negeri Kelantan kemudiannya memfailkan tiga permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap kesemua keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan Penzahiran Dokumen oleh Petronas dan Aturan 14A.

xviii. Pada 3-10-2012, ketiga-tiga permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 April ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Persekutuan. Pada hari pendengaran, Kerajaan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa Petronas dan Kerajaan Persekutuan tiada bantahan terhadap ketiga-tiga permohonan tersebut. Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Keputusan ini telah dihakimi oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Raus Sharif, Ahmad Maarop, Zainun Ali, Sulong Matjeraie dan Jeffrey Tan.

xix. Dalam masa 14 hari selepas keputusan itu, Kerajaan Negeri Kelantan hendaklah menfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dianggarkan pendengaran ketiga-tiga rayuan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan akan berlangsung ada awal tahun 2013.

Sekian.


Dato' Husam Hj Musa
Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum
Dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus