30 January 2013

Kalimah Allah: Nasha celaru fiqh Islam, setuju?

CELARU FIQH ISLAM MUNGKIN PUNCA DESAK PEMIMPIN SOKONG BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH DIHUKUM MSU

Sumber hukum syarak ada empat sahaja. Al-Quran dan hadith adalah sumber hukum yang qat'i (tetap).

Manakala, ijmak dan qias adalah sumber hukum syarak yang dzonni (fleksibel).

Selain daripada keempat-empat sumber itu adalah bukan sumber hukum syarak.

Pendapat ulamak mungkin mendekati  sumber hukum syarat atau sebaliknya, tetapi bukan sumber hukum syarak.

Pendapat seorang Mufti adalah pendapat ulamak. Fatwa seorang Mufti adakah suatu pendapat ulamak yang diwartakan.

Pendapat Mufti juga mendekati sumber hukum syarak atau sebaliknya. Tetapi, fatwa Mufti tidak sampai pada status ijmak yang menjadi salah satu sumber hukum syarak.

Syura pula adalah proses perbincangan untuk mengolah persetujuan dalam perkara-perkara dzonniyah.

Keputusan musyawarah atau syura sebenarnya di bawah kategori ijtihadi.

Dalam fiqh Islam, ijtihad yang dibenarkan syarak dalam dua keadaan sahaja.

Pertama, ijtihad dalam memahami nas (al-ijtihad fi fahmi an-nas).

Kedua, ijtihad di lapangan (al-ijtihad al-tanzili).

Ketetapan yang diambil secara musyawarah juga mungkin mendekati ijmak atau sebaliknya. Tetapi, ketetapan itu tidak sampai pada status hukum syarak.

Musyawarah 2,000 perwakilan Pas melalui wadah muktamar parti lebih mendekati ijmak berbanding musyawarah 12 orang MSU. Tetapi, kedua-dua ketetapan musyawarah itu masih bukan ijmak.

Ketetapan melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dibuat dalam MSU, bukan Muktamar Pas yang hakikatnya lebih mendekati ijmak.

Justeru, adakah ketetapan MSU melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah suatu ijmak yang wajib ditaati?

Mengetahui status ketetapan MSU bukan ijmak akan mendorong kita lebih fleksibel saja ada untuk bersetuju dengan larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah atau sebaliknya.

Bekas anggota MSU mendesak pemimpin Pas yang menyokong bukan Islam menggunakan kalimah Allah supaya dihukum oleh lembaga tatatertib parti mungkin disebabkan kecelaruan fiqh Islam.

Setuju?

Adakah Nasha, Hafiz Nordin ikut jejak Hasan Ali 'anti Pas'?

NASHA DESAK PEMIMPIN SETUJU BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH DIHUKUM?

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang berbeza pendapat berhubung ketetapan Majlis Syura Ulamak (MSU) melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah wajar dikenakan tindakan tatatertib.

Itu hasrat Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa disiar dalam Buletin Tv3  sebentar tadi, semasa diminta mengulas mengenai isu beliau digugurkan dari menganggotai MSU baru-baru ini.

Nasharuddin yang pernah disebut-sebut sebagai salah seorang pemuka Kerajaan Perpaduan (UG) Umno-Pas sejak lebih empat tahun lepas turut melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebelum ini dipertikai ekoran Menteri Besar Kelantan itu menasihat Nasruddin supaya memilik mana-mana parti yang disukai melainkan Pas.

"Saya digugur sebagai Ahli Majlis Syura (MSU), bukan dipecat sebagai ahli parti (Pas)," dalih Nasharuddin.

Nasharuddin ditemui di Masjid Negara, selepas menyertai satu program khas yang membincangkan mengenai 'Sekretariat Mendaulat Islam sbg Agama Persekutuan'.

Selain Nasharuddin, program tertutup itu turut disertai oleh beberapa bekas pemimpin Pas mesra Umno seperti Datuk Dr Hasan Mohd.Ali (bekas Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Presiden JATI), Hafiz Nordin (bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang), Ismail Mina (Presiden Muafakat), Nakhaie Ahmad (bekas Pengarah YADIM), Yusri Muhamad (bekas Presiden ABiM), Datuk Seri Noh Gadut (bekas Mufti Johor) dan Aidid Ghazali (Jati).

Perkembangan terbaru itu sekaligus akan menguji lagi kebijakan ajaib Pas di bawah pentadbiran Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memastikan partinya mengepalai kemenangan Pakatan Rakyat di Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus