Skip to main content

Kalimah Allah: Nasha celaru fiqh Islam, setuju?

CELARU FIQH ISLAM MUNGKIN PUNCA DESAK PEMIMPIN SOKONG BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH DIHUKUM MSU

Sumber hukum syarak ada empat sahaja. Al-Quran dan hadith adalah sumber hukum yang qat'i (tetap).

Manakala, ijmak dan qias adalah sumber hukum syarak yang dzonni (fleksibel).

Selain daripada keempat-empat sumber itu adalah bukan sumber hukum syarak.

Pendapat ulamak mungkin mendekati  sumber hukum syarat atau sebaliknya, tetapi bukan sumber hukum syarak.

Pendapat seorang Mufti adalah pendapat ulamak. Fatwa seorang Mufti adakah suatu pendapat ulamak yang diwartakan.

Pendapat Mufti juga mendekati sumber hukum syarak atau sebaliknya. Tetapi, fatwa Mufti tidak sampai pada status ijmak yang menjadi salah satu sumber hukum syarak.

Syura pula adalah proses perbincangan untuk mengolah persetujuan dalam perkara-perkara dzonniyah.

Keputusan musyawarah atau syura sebenarnya di bawah kategori ijtihadi.

Dalam fiqh Islam, ijtihad yang dibenarkan syarak dalam dua keadaan sahaja.

Pertama, ijtihad dalam memahami nas (al-ijtihad fi fahmi an-nas).

Kedua, ijtihad di lapangan (al-ijtihad al-tanzili).

Ketetapan yang diambil secara musyawarah juga mungkin mendekati ijmak atau sebaliknya. Tetapi, ketetapan itu tidak sampai pada status hukum syarak.

Musyawarah 2,000 perwakilan Pas melalui wadah muktamar parti lebih mendekati ijmak berbanding musyawarah 12 orang MSU. Tetapi, kedua-dua ketetapan musyawarah itu masih bukan ijmak.

Ketetapan melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dibuat dalam MSU, bukan Muktamar Pas yang hakikatnya lebih mendekati ijmak.

Justeru, adakah ketetapan MSU melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah suatu ijmak yang wajib ditaati?

Mengetahui status ketetapan MSU bukan ijmak akan mendorong kita lebih fleksibel saja ada untuk bersetuju dengan larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah atau sebaliknya.

Bekas anggota MSU mendesak pemimpin Pas yang menyokong bukan Islam menggunakan kalimah Allah supaya dihukum oleh lembaga tatatertib parti mungkin disebabkan kecelaruan fiqh Islam.

Setuju?