25 January 2015

Gambar Hadi semeja Presiden PasMa undang tidak puas hati Umno, Mohammad Sanusi?

Gambar inilah dikatakan punca Mohammad Sanusi Md Nor mengamuk sakan di WhatsApp BPPNK.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM - Gambar Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang makan semeja dengan Presiden PasMa, Dato' Phahrolrazi Mohd. Zawawi bukan sahaja melahirkan rasa tidak puas hati Umno, bahkan rasa tidak senang Ketua Penerangan PAS Kedah Mohammad Sanusi Md Nor.

Mohammad Sanusi yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Tan Sri Azizan Razak khabarnya mengamuk sakan dalam WhatsApp Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (BPPNK), serta mesej amarannya tersebar meluas dalam sistem mesej tertutup serupa.

Berikut adalah mesej 'amuk' yang dikatakan daripada Muhammad Sanusi:

Ana rasa keputusan BPPNK membuat jamuan rakyat di Kuala Kedah bukan krn di sana ada pasma dan presidennya... Tp adanya organisasi pas dan amilinnya dlm Pas Kaw Kuala Kedah. Kehadiran pimpinan PAS Pusat ke Kedah bkn krn ada presiden pasma di kedah, tp krn adanya pas kedah, pimpinan dan amilinnya. Rata2 yg hadir di Kuala Kedah tu pun bukan krn meraikan pasma, tp krn Pas.

Dengan kebaikan kita PAS kpd mana2 pihak pun diharap menjadi asbab Allah menangkan PAS sekali lg di Kedah dan tempat2 lain.

Seluruh progrm Lajnah Penerangan PAS Pusat ni dibcg dan diputuskan dlm mesy Pas Pusat dan BPPNK sbg tuan rumah... Penerangan pas kedah hanya melaksakan apa2 yg telah menjadi keputusan.

Kami menyimpan marah dan kecewa dgn pasma lebih dr sesiapa pun dlm dunia ini...kami gembira dgn keputusan majlis syura dan pas pusat yg melarang ahli pas terbabit dgn pasma. Tp tak boleh krn seekor kepala pasma, seluruh amilin PAS di kawasan itu tidak boleh menerima kehadiran TG Presiden utk bersama mereka. Kehadiran TG Presiden dan seluruh Pimpinan Pas hari ini akan mempercepatkan pengkebumian PasMa. InsyaAllah... Abu Suffian pun berubah bila diberi muka oleh Rasulullah saw dlm fathu Mekah.

Soal pasma ambik kesempatan melonjak imej atas kehadiran TG Presiden, kami bampak mereka berpusu cuba bergambar dgn presiden...berhimpit utk bersalam dan menumpang kehebatan aura TG Presiden... Cuba mencuci dosa mencerca dan menghina yg dilemparkan kpd Presiden PAS itu sebelum ini... Kita serah kpd org ramai utk menilainya sendiri... Siapa Presiden PAS yg berjiwa besar berilmu tinggi dgn karismatik tersendiri itu, ada apa pada Pasma? Saya nampak karisma TGHH di Alor Pial tadi telah membunuh pasma secara sekali lalu saja...

Hj Sanusi

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus