04 May 2013

Jangan percaya surat 'anti Pakatan Rakyat' Mustafa Ali, kata Harun Din

Datuk Dr Harun Din hari ini menyeru seluruh penyokongnya supaya memberi undi kepada Pas serta Pakatan Rakyat.

Timbalan Mursyidul Am itu turut menafikan surat amanat kononnya ditulis oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali yang tersebar meluas, kononnya parti mengkaji semula status kerjasama politik (tahalluf siyasi) dengan PKR serta DAP atas nama Pakatan Rakyat.

"Saya minta semua ahli dan rakyat tidak percaya dengan semua fitnah itu.

"Saya juga mengajak semua rakyat, marilah kita mengundi Pas dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya 5 Mei ini," ujar Harun di facebook rasmi Pas menjelang tengah hari tadi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus