Skip to main content

Posts

Showing posts from November 19, 2014

Guan Eng cabar Jahara dedah isu rumah mewah pada sidang DUN depan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid dicabar membawa sekali isu pembinaan rumah bernilai jutaan ringgit di negeri ini tanah didakwanya diluluskan oleh Kerajaan Negeri hari ini ke sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan datang.Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian, sebagai membidas kenyataan Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, dalam beberapa akhbar hari ini."Projek perumahan mencecah jutaan ringgit berkenaan dirancang dan diluluskan permohonannya pada era pemerintahan Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan bukan sebaliknya sebagaimana didakwa Jahara dalam laporan berkaitan."Sehubungan itu, Guan Eng mencabar Jahara untuk membawa perkara tersebut di dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," ujar Guan Eng kepada wartawan pagi tadi.Terdahulu, Guan Eng menjelaskan projek rumah mewah cecah RM3.5 juta PDC diluluskan era BN.

Lafaz syahadah dengan NGO, selepas tiga kali panjat pejabat agama P.Pinang gagal

SUNNY, akhirnya mengambil keputusan umum melafazkan syahadah serta memeluk Islam dengan bimbingan Sheikh Husein Yee pada malam tadi, dengan disaksikan oleh lebih 50 aktivis NGO dakwah daripada Islamic Propagation Society International (Pulau Pinang) (IPSI) dan Pertubuhan I.K.U.T Mewakili 10,000. Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT).
Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Abdul Halim Hussein, Zolkifly Md Lazim (Penaung MyIKUT), Azley Stanley (Pengerusi MyIKUT) serta Ustaz Abdul Balik Abdullah (Setiausaha MyIKUT).
Sunny,32, merupakan penganut Kristian, sedang giat mencari kebenaran dalam beragama, termasuk mengenai kesucian Islam.
Saudara baru kita ini berasal dari Bintulu, sudah dua tahun bekerja di Pulau Pinang.
Sunny mengaku tiga lalu memanjat pejabat agama Islam Pulau Pinang, tetapi diberikan beberapa syarat yang sukar untuk memeluk Islam.
Pengalaman pertama, seorang pegawai agama berkata kepadanya, "Kamu rela masuk Islam, kam…