16 October 2014

RM37,500 bantuan pendidikan MAINPP untuk Nor Adillah

NOR Adilla Md. Yusop (paling kiri) menerima cek bantuan pendidikan daripada Mohd. Salleh Man (dua dari kiri), sambil disaksikan oleh Abdul Halim Hussein (tiga dari kiri) dan Rosli Othman (paling kanan) di sini, tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM – Kesusahan belajar tanpa bantuan pendidikan serta tajaan seorang bakat Pulau Pinang dalam pengajian bidang perubatan Universiti Zagaziq dekat Mesir yang dikongsi dalam portal berita The Malaysian Insider baru-baru ini akhirnya mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Yang di-Pertua MAINPP, Datuk Mohd. Salleh Man berkata, bantuan pendidikan berjumlah RM37,500 yang diberikan kepada pemohon, Nor Adillah Md. Yusop, 24, diharap dapat melunaskan separuh daripada yuran pengajian tertunggak di universiti berkenaan.

“Majlis Agama (MAINPP) menyalurkan bantuan pendidikan dan bukan biasiswa kepada pelajar-pelajar dalam dan luar negara yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan,” ujar Mohd Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, di Pejabat MAINPP Butterworth.

Timbalan Yang di-Pertua MAINPP, Datuk Abdul Halim Hussain dan Ustaz Rosli Othman (Pegawai di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang) turut hadir pada majlis tersebut.

Laporan The Malaysian Insider antara lain mendedahkan, kegagalan Nor Adillah melangsaikan yuran pengajian mengakibatkan pentadbiran Universiti Zagaziq menyekat keputusan peperiksaan penuntut berkenaan.

Akibatnya, Nor Adillah dlaporkan mengaku bahawa beliau tidak mampu mengemukakan transkrip peperiksaan tahunan, sebagaimana disyarakatkan oleh JAINPP untuk memproses permohonan bantuan pendidikan berwajib.

Justeru, Mohd. Salleh berkata pihaknya akan berbincang dengan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengenai syor Kerajaan Negeri menghantar seorang pegawainya sama ada daripada MAINPP atau JAIPP untuk menguruskan isu berbangkit tentang kebajikan mahasiswa di Timur Tengah.


"Walaupun di peringkat Jabatan Agama (JAIPP), kita sudah ada pegawai menguruskan (bahagian bantuan pendidikan) di sini, tetapi, kita harap ada pegawai di peringkat negeri menguruskan anak-anak Pulau Pinang seperti Nor Adillah yang belajar di Timur Tengah," ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir.

P.Pinang buru kelayakan Liga Super 2016

KETUA Menteri (berdiri, dua dari kiri) diiringi Nazir Ariff Mushir Ariff (berdiri, tiga dari kiri) menerima replika cek tajaan korporat van bernilai RM80,000 daripada wakil Pasar raya GAMA di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Seorang jurulatih import akan memimpin Skuad Harimau Kumbang mulai Januari tahun depan demi memburu kelayakan ke saingan Liga Super 2016, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff.

Katanya, FAP tajaan yang lebih banyak daripada sektor korporat, selain, memerlukan pasukan profesional yang lebih mantap lengkap dengan pemain yang hebat agar setanding dengan pasukan-pasukan yang beraksi dalam Liga Super.

"Kita akan kolaborasi dengan beberapa pihak untuk mencari dana mulai Januari (2015) ini supaya impian bersama ini akan menjadi kenyataan," ujar Nasir Ariff dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Menurut Nazir Ariff, beliau sehingga kini berjaya memikat sembilan pemain tempatan daripada beberapa kelab dan negeri untuk beraksi pada musim depan.

Itu, tidak termasuk ketetapan peringkat pengurusan FAP untuk mengekalkan penyerang import dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon, yang direkodkan menyumbang 16 gol dalam saingan musim lepas.

Bagaimanapun, katanya lagi, pengurusan memikat beberapa lagi pemain import untuk beraksi pada masim depan kemungkinan akan diserahkan kepada jurulatih yang baru.

Sebelum itu, Guan Eng berkata, kesungguhan FAP memburu kelayakkan ke Liqa Super diharap dapat menarik minat lebih banyak pihak untuk menaja pasukan bola sepak negeri.

"Tajaan oleh Kerajaan Negeri dapat diteruskan pada tahun depan, tetapi, berdasarkan kepada prestasi," jelas Guan Eng.

Pada majlis sama, Guan Eng dan Nazir Ariff menerima tajaan korporat berupa van bernilai RM80,00 daripada Pengerusi pasar raya GAMA, Andrew Lim.

Dalam saingan musim ini, Pulau Pinang yang dibimbing K Devan menamatkan saingan Liga Perdana di tempat ketiga di belakang PDRM dan FELDA United, serta tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia dan Piala FA.

Jamuan Teh rai Hari Jadi Ke-76 TYT

TUN Dr. Abdul Rahman Abbas (bersongkok) diiringi isteri, Toh Puan Seri Majimor Shariff serta pemimpin Kerajaan Negeri yang lain pada acara memotong kek Hari Jadi Ke-76 TYT di sini baru-baru ini.

RAI...Hampir 500 meraikan Hari Jadi Ke-76 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas, diiringi isteri, Toh Puan Seri Majimor Shariff dalam majlis jamuan teh peringkat Seberang Perai di Dewan Millenium dekat Bertam, Kepala Batas baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Datuk Law Choo Kiang (Speaker Dewan Undangan Negeri  Pulau Pinang) serta pemimpin Kerajaan Negeri lain turut hadir.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Jusni Ismail dalam ucapannya merakamkan menghargaan atas kepemimpinan Tun Dr. Abdul Rahman memakmurkan negeri ini, serta mendoakan beliau senantiasa dicucuri rahmat.

Majlis keraian tersebut diserikan dengan persembahan kebudayaan kanak-kanak serta lagu tradisional.  

MPSP tawar 82 perkhidmatan di kaunter gerak berpusat - Maimunah

MAIMUNAH Mohd. Shariff (sembilan dari kiri) bersama-sama pemimpin negeri bergambar dengan kaunter kutipan cukai bergerak di perkarangan lobi Kompleks Ibupejabat MPSP Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Datuk Maimunah Mohd. Sharif berharap pelancaran kaunter gerak berpusat yang menawarkan 82 jenis perkhidmatan mampu meningkatkan lagi mutu pelanggan, termasuk untuk orang kurang upaya (OKU).

"Ia berkonsepkan kaunter berpusat dengan 82 jenis perkhidmatan disediakan seperti kategori pertama, menerima dan memproses bayaran cukai pintu, bil-bil utiliti, sewaan harta majlis dan lain-lain bayaran.

"(Kategori) kedua, pelbagai perkhidmatan lain seperti permohonan lesen-lesen peniagaan, permit-permit perkhidmatan, perkataan nama hak milik harta berkadar, aduan-aduan awam dan sebagainya, demi meningkatkan lagi mutu pelanggan," ujar Maimunah kepada wartawan dekat Kompleks Ibupejabat MPSP Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod dan tiga Ahli Majlis, Tan Cheong Heng, Rezal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim turut hadir pada sidang media tersebut.

Maimunah memberitahu jadual utama operasi kaunter bergerak pada Sabtu dan Ahad minggu kedua tiap-tiap bulan masing-masing adalah di Pasar Awam Taman Chai Leng dan Pasar Awam Bagan Ajam.

Manakala, operasi pada Sabtu dan Ahad minggu ketiga tiap-tiap bulan masing-masing adalah di Pasar Awam Nibong Tebal dan Pasar Awam Kepala Batas.

Tambah Maimunah, kenderaan kaunter gerak berpusat yang baru dibeli tersebut berharga RM271,550.

Pada bulan November 2010, Maimunah memberitahu, sebuah bas telah diubahsuai menjadi kaunter bergerak, di bawah Program Transformasi MPSP.

Sehingga bulan Ogos lepas, katanya lagi, melalui kaunter bergerak yang lama tersebut telahpun berjaya mengutip hasil keseluruhannya berjumlah RM5.25 juta.

"Sejajar dengan itu, dalam memberi perkhidmatan delighting the customer, belian kaunter bergerak yang baru ini telahpun dibuat bagi memastikan kenderaan yang lebih kondusif termasuk untuk pelanggan OKU, demi meningkatkan mutu kutipan hasil serta operasi lebih 80 jenis perkhidmatan," ujar Maimunah.

Tibai dan kritik PasMa 31 Okt.

Suatu pertemuan facebooker dan blogger diadakan di Yayasan Aman dekat Penanti menjelang PRU13 lepas.

Idea menghapuskan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang teruk dikritik dan dengan oleh hadirin, terutama Sdr. Abu Nawas dan Sdr. Nasorudin Shah Mat.

Wakil Penganjur, Abg Amir Md. Ghazali atas kedudukannya sebagai Ketua AMK Pulau Pinang dan masih sebagai Ahli Majlis bagi MPSP pun tidak boleh mengawal sesi saling bertikam lidah pada malam tersebut.

Tak kiralah peserta yang pro atau kontra mengenai idea hapus tol Jambatan Pulau Pinang, masing-masing belajar daripada Abu Nawas (kini dikenali sebagai Haji Abu Al-Hafiz) dan Nasorudin.

Masing-masing belajar bahawa kritikan bertubi-tubi akan menyempurnakan 'idea bodoh' hingga tubuhnya HAPUS atau Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang.

Sesuatu idea yang bernas kadang-kadang lahir daripada kritikan luar biasa terhadap 'idea bodoh'.

Atas pengalaman lepas, PasMa menganjurkan Projek Dialog pada 31 Oktober depan supaya NGO itu bernas dalam tindak-tangguknya dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat di PRU14 nanti.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus