16 October 2014

P.Pinang buru kelayakan Liga Super 2016

KETUA Menteri (berdiri, dua dari kiri) diiringi Nazir Ariff Mushir Ariff (berdiri, tiga dari kiri) menerima replika cek tajaan korporat van bernilai RM80,000 daripada wakil Pasar raya GAMA di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Seorang jurulatih import akan memimpin Skuad Harimau Kumbang mulai Januari tahun depan demi memburu kelayakan ke saingan Liga Super 2016, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff.

Katanya, FAP tajaan yang lebih banyak daripada sektor korporat, selain, memerlukan pasukan profesional yang lebih mantap lengkap dengan pemain yang hebat agar setanding dengan pasukan-pasukan yang beraksi dalam Liga Super.

"Kita akan kolaborasi dengan beberapa pihak untuk mencari dana mulai Januari (2015) ini supaya impian bersama ini akan menjadi kenyataan," ujar Nasir Ariff dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Menurut Nazir Ariff, beliau sehingga kini berjaya memikat sembilan pemain tempatan daripada beberapa kelab dan negeri untuk beraksi pada musim depan.

Itu, tidak termasuk ketetapan peringkat pengurusan FAP untuk mengekalkan penyerang import dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon, yang direkodkan menyumbang 16 gol dalam saingan musim lepas.

Bagaimanapun, katanya lagi, pengurusan memikat beberapa lagi pemain import untuk beraksi pada masim depan kemungkinan akan diserahkan kepada jurulatih yang baru.

Sebelum itu, Guan Eng berkata, kesungguhan FAP memburu kelayakkan ke Liqa Super diharap dapat menarik minat lebih banyak pihak untuk menaja pasukan bola sepak negeri.

"Tajaan oleh Kerajaan Negeri dapat diteruskan pada tahun depan, tetapi, berdasarkan kepada prestasi," jelas Guan Eng.

Pada majlis sama, Guan Eng dan Nazir Ariff menerima tajaan korporat berupa van bernilai RM80,00 daripada Pengerusi pasar raya GAMA, Andrew Lim.

Dalam saingan musim ini, Pulau Pinang yang dibimbing K Devan menamatkan saingan Liga Perdana di tempat ketiga di belakang PDRM dan FELDA United, serta tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia dan Piala FA.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus