16 October 2014

MPSP tawar 82 perkhidmatan di kaunter gerak berpusat - Maimunah

MAIMUNAH Mohd. Shariff (sembilan dari kiri) bersama-sama pemimpin negeri bergambar dengan kaunter kutipan cukai bergerak di perkarangan lobi Kompleks Ibupejabat MPSP Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Datuk Maimunah Mohd. Sharif berharap pelancaran kaunter gerak berpusat yang menawarkan 82 jenis perkhidmatan mampu meningkatkan lagi mutu pelanggan, termasuk untuk orang kurang upaya (OKU).

"Ia berkonsepkan kaunter berpusat dengan 82 jenis perkhidmatan disediakan seperti kategori pertama, menerima dan memproses bayaran cukai pintu, bil-bil utiliti, sewaan harta majlis dan lain-lain bayaran.

"(Kategori) kedua, pelbagai perkhidmatan lain seperti permohonan lesen-lesen peniagaan, permit-permit perkhidmatan, perkataan nama hak milik harta berkadar, aduan-aduan awam dan sebagainya, demi meningkatkan lagi mutu pelanggan," ujar Maimunah kepada wartawan dekat Kompleks Ibupejabat MPSP Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod dan tiga Ahli Majlis, Tan Cheong Heng, Rezal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim turut hadir pada sidang media tersebut.

Maimunah memberitahu jadual utama operasi kaunter bergerak pada Sabtu dan Ahad minggu kedua tiap-tiap bulan masing-masing adalah di Pasar Awam Taman Chai Leng dan Pasar Awam Bagan Ajam.

Manakala, operasi pada Sabtu dan Ahad minggu ketiga tiap-tiap bulan masing-masing adalah di Pasar Awam Nibong Tebal dan Pasar Awam Kepala Batas.

Tambah Maimunah, kenderaan kaunter gerak berpusat yang baru dibeli tersebut berharga RM271,550.

Pada bulan November 2010, Maimunah memberitahu, sebuah bas telah diubahsuai menjadi kaunter bergerak, di bawah Program Transformasi MPSP.

Sehingga bulan Ogos lepas, katanya lagi, melalui kaunter bergerak yang lama tersebut telahpun berjaya mengutip hasil keseluruhannya berjumlah RM5.25 juta.

"Sejajar dengan itu, dalam memberi perkhidmatan delighting the customer, belian kaunter bergerak yang baru ini telahpun dibuat bagi memastikan kenderaan yang lebih kondusif termasuk untuk pelanggan OKU, demi meningkatkan mutu kutipan hasil serta operasi lebih 80 jenis perkhidmatan," ujar Maimunah.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus