16 October 2014

RM37,500 bantuan pendidikan MAINPP untuk Nor Adillah

NOR Adilla Md. Yusop (paling kiri) menerima cek bantuan pendidikan daripada Mohd. Salleh Man (dua dari kiri), sambil disaksikan oleh Abdul Halim Hussein (tiga dari kiri) dan Rosli Othman (paling kanan) di sini, tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM – Kesusahan belajar tanpa bantuan pendidikan serta tajaan seorang bakat Pulau Pinang dalam pengajian bidang perubatan Universiti Zagaziq dekat Mesir yang dikongsi dalam portal berita The Malaysian Insider baru-baru ini akhirnya mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Yang di-Pertua MAINPP, Datuk Mohd. Salleh Man berkata, bantuan pendidikan berjumlah RM37,500 yang diberikan kepada pemohon, Nor Adillah Md. Yusop, 24, diharap dapat melunaskan separuh daripada yuran pengajian tertunggak di universiti berkenaan.

“Majlis Agama (MAINPP) menyalurkan bantuan pendidikan dan bukan biasiswa kepada pelajar-pelajar dalam dan luar negara yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan,” ujar Mohd Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, di Pejabat MAINPP Butterworth.

Timbalan Yang di-Pertua MAINPP, Datuk Abdul Halim Hussain dan Ustaz Rosli Othman (Pegawai di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang) turut hadir pada majlis tersebut.

Laporan The Malaysian Insider antara lain mendedahkan, kegagalan Nor Adillah melangsaikan yuran pengajian mengakibatkan pentadbiran Universiti Zagaziq menyekat keputusan peperiksaan penuntut berkenaan.

Akibatnya, Nor Adillah dlaporkan mengaku bahawa beliau tidak mampu mengemukakan transkrip peperiksaan tahunan, sebagaimana disyarakatkan oleh JAINPP untuk memproses permohonan bantuan pendidikan berwajib.

Justeru, Mohd. Salleh berkata pihaknya akan berbincang dengan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengenai syor Kerajaan Negeri menghantar seorang pegawainya sama ada daripada MAINPP atau JAIPP untuk menguruskan isu berbangkit tentang kebajikan mahasiswa di Timur Tengah.


"Walaupun di peringkat Jabatan Agama (JAIPP), kita sudah ada pegawai menguruskan (bahagian bantuan pendidikan) di sini, tetapi, kita harap ada pegawai di peringkat negeri menguruskan anak-anak Pulau Pinang seperti Nor Adillah yang belajar di Timur Tengah," ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus