03 January 2014

Pak Guard mogok, RELA ambil tugas jaga Hospital Sbrg. Jaya

Datuk Seri Najib Razak sahaja yang mengeluarkan kenyataan 'syok sendiri' di facebook semasa rakyat kian marah dengan kos sara hidup yang kian melambung, lapor blogger Anak Sungai Derhaka.

Kalau datang di Hospital Seberang Jaya hari ini, jangan terkejut jika melihat abang-abang keselamatan (Pak Guard) sejak dua hari lepas turut melancarkan mogok macam TURUN 31 Dis. lalu.

Pak Guard bantah kenaikan kos sara hidup, tetapi, gaji mereka tetap tidak rendah seperti dulu.

Responden memberitahu, RELA sejak tengah hari tadi telah mengambil peranan menjaga keselamatan Hospital Seberang Jaya kerana majoriti Pak Guard terus mogok sehingga gaji mereka dinaikkan pada jumlah sepatutnya demi menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat.

"2014 adalah tahun guling pentadbiran Najib Razak," itu saja yang Pak Guard tak sebut semasa mogok kerja di Hospital Seberang Jaya, tadi.

Aliza Sulaiman Penasihat Undang-Undang baru P.Pinang

LIM Guan Eng menyerahkan watikah pelantikan LA sepada Aliza Sulaiman.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pagi tadi mengumumkan pelantikan Aliza Sulaiman sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri yang baru.

Pengumuman itu dibuat selepas berlangsungnya majlis angkat sumpah dan tandatangan perlantikan Aliza di depan semua Exco Kerajaan Negeri.

"Tentulah saya berharap beliau (Aliza) akan menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan dedikasi," ujar Guan Eng sebelum mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri bagi tahun 2014 di Komtar, George Town

Sebelum ini, Datuk Faiza Zulkifli merupakan Penasihat Undang-Undang (LA) Kerajaan Negeri. 


Berita lanjut menyusul kemudian.

JAIS rampas 300 bible calar imej Islam, kata Ahli Lembaga Yayasan Islam P.Pinang

MUJAHID Yusof Rawa

Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis  Persatuan Bible Selangor serta merampas 300 naskah Bible semalam kononnya kelangsungan pada larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah nyata berlawanan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan badan agama itu nyata berlawanan dengan maksud dalalatun nas (petunjuk nas) daripada ayat 108 Surah Al-An'am yang bermaksud, "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan..."

"Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya.

"Kalau memaki sembahan agama lain pun dilarang dalam Islam demi menjaga imej Islam sebagai rahmatan lil 'alamin (rahmat seluruh alam), tindakan JAIS menyerbu premis agama lain lebih-lebih lagi lah dilarang dalam Islam sebenarnya," ujar beliau petang semalam menerusi telefon. 

Menurut Mujahid, peruntukan Enakmen 1988 mengenai Kewalan Penyebaran Agama kepada Orang Islam sepatutnya digunakan secara hikmah, bukan serbuan yang nyata menyerlahkan imej buruk kepada agama Islam sendiri.

"Kuasa hendaklah digunakan secara hikmah, apatah lagi melibatkan prinsip hubungan antara agama yang telah jelas digariskan dalam Islam," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang.

Mujahid berkata, serbuan JAIS itu turut bersalahan dengan dalalatun nas ayat 107 dari Surah Al-Anbiya' yang bermaksud, "tiada kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa Rahmat ke alam ini." dan "tiada paksaan dalam agama..." (Surah Al-Baqarah: 256)

"Jika ada aoa-apa bukiti bahawa pihak tertentu menyebarkan atau menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam dengan menggunakan kalimah Allah, maka pihak yang berkenaan hendaklah diambil tindakan kerana menyalahi semangan kebebasan beragama  dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi Persekutuan," ujar Mujahid sendiri.

Tambah beliau, Pihak Gereja dan Majlis Kristian Persekutuan sendiri wajar tambil menyatakan pendirian masing-masing bahawa mereka tiada agenda tersembunyi yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan beragama di negeri ini.

Seorang ahli Ahli Jawatankuasa PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa insiden JAIS merampas 300 naskah Bible itu untuk mengalih amarah rakyat, khususnya Melayu-Islam terhadap isu kenaikan kos sara hidup yang dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belakangan ini.

"Nampaknya isu rampas 300 bible ini sedang cuba menarik perhatian rakyat pada isu yang tidak kurang pentingnya, iaitu kos sara hidup rakyat kian melambung tinggi sekarang," ujar Zolkifly yang juga Ahli MMK Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang semasa dihubungi kemudian.

Rujuk status tutup Uptown Perda kepada @cmlimguaneng

NASORUDDIN Shah Mat (berdiri) sedang memberi penjelasan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang tidak pernah mengamalkan perkauman. Isu Uptown Perda timbul kerana penganjur dan ahli politik berwajib tidak buat kerja.



SEBERANG JAYA - Desas-desus mengenai penutupan operasi Uptown Perda dekat Bukit Mertajam yang dirancang dua bulan sebelum Ramadhan tahun ini mahu dirujuk kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Pengerusi Penaja Koperasi Peniaga Kecil Uptown Perda Bukit Mertajam Berhad, Nasoruddin Shah Mat mendakwa, penganjur yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan wakil rakyat setempat seakan tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing sungguhpun usaha mengekalkan tapak komersial itu pernah beberapa kali dirujuk kepada mereka.

"Kalau aku tak sayang Pakatan Rakyat, aku tak panggil semua 75 peniaga untuk berunding nak bawa isu sebenar iaitu penganjur dan ahli politik tak buat kerja untuk kekal Uptown Perda di sini kepada Ketua Menteri, Lim Gian Eng," tegas Nasoruddin pada petang semalam di Bandar Perda dalam kawasan DUN (KADUN) Seberang Jaya.

Hampir kesemua 75 peniaga kecil yang mendapat lesen daripada MPSP hadir dalam pertemuan tersebut.

Itu, tidak termasuk peniaga tanpa lesen yang selama ini mencari rezeki di tapak parkir pada saban malam di sini.

Hasil perbincangan itu, mereka sebulat suara melantik fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob dan Zolkifly Md. Lazim (AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang merangkap Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh) sebagai wakil bagi mengatur pertemuan dengan Guan Eng dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, Nasoruddin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak ketiga mahu menjadi 'tuan' di sebalik desas-desus rancangan menutup Uptown Perda Bukit Mertajam itu.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus