03 January 2014

Rujuk status tutup Uptown Perda kepada @cmlimguaneng

NASORUDDIN Shah Mat (berdiri) sedang memberi penjelasan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang tidak pernah mengamalkan perkauman. Isu Uptown Perda timbul kerana penganjur dan ahli politik berwajib tidak buat kerja.



SEBERANG JAYA - Desas-desus mengenai penutupan operasi Uptown Perda dekat Bukit Mertajam yang dirancang dua bulan sebelum Ramadhan tahun ini mahu dirujuk kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Pengerusi Penaja Koperasi Peniaga Kecil Uptown Perda Bukit Mertajam Berhad, Nasoruddin Shah Mat mendakwa, penganjur yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan wakil rakyat setempat seakan tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing sungguhpun usaha mengekalkan tapak komersial itu pernah beberapa kali dirujuk kepada mereka.

"Kalau aku tak sayang Pakatan Rakyat, aku tak panggil semua 75 peniaga untuk berunding nak bawa isu sebenar iaitu penganjur dan ahli politik tak buat kerja untuk kekal Uptown Perda di sini kepada Ketua Menteri, Lim Gian Eng," tegas Nasoruddin pada petang semalam di Bandar Perda dalam kawasan DUN (KADUN) Seberang Jaya.

Hampir kesemua 75 peniaga kecil yang mendapat lesen daripada MPSP hadir dalam pertemuan tersebut.

Itu, tidak termasuk peniaga tanpa lesen yang selama ini mencari rezeki di tapak parkir pada saban malam di sini.

Hasil perbincangan itu, mereka sebulat suara melantik fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob dan Zolkifly Md. Lazim (AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang merangkap Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh) sebagai wakil bagi mengatur pertemuan dengan Guan Eng dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, Nasoruddin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak ketiga mahu menjadi 'tuan' di sebalik desas-desus rancangan menutup Uptown Perda Bukit Mertajam itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus