04 September 2019

Pasang sensor pada tong sampah, di mana kelakarnya cadangan ini?



Terbaca berita cadang pasang sensor pada tong sampah, tadi. 

Pernah aku sebut begini. Kalau aku berasa mudah nak urus tahi kambing peliharaan aku tiap-tiap hari, sebab diberak oleh seekor ternakan sahaja.

Apabila aku bela 20 ekor kambing, atas sebab nak mudah urus taik kambing tiap-tiap hari, aku memang tak boleh paksa semua ternakan aku berak senisbah aku bela kambing hat seekor dulu.

Kalau faham perumpamaan ini, akan kita faham bahawa penjanaan sampah dan sisa akhir secara relatif turut akan meningkat apabila populasi penduduk setempat kian berganda.



Kalau boleh buat kempen kitar semula ataupun 3R dll sekalipun, jangan paksa diri untuk berkhayal konon-konon itu metod untuk menjimatkan kos pembersihan bandar raya. 

Kalau berkhayal juga, mesti akan kecewa semacam Zainulfaqar paksa 20 ekor kambing jangan berak lebih melainkan senisbah seekor kambing berak. 

Dan, kadang-kadang, nak menyediakan tiga tong kitar semula - kertas + kaca + aluminium - di kawasan kosnya adalah jauh lebih besar berbanding menyediakan tong plastik hitam ‘cabuk’. 

Itu, belum kira kos pasang sensor pada tiap-tiap tong, yang konon-konon polisi sangat progresif. 

Dah alang-alang nak pasang sensor, elok pasang dekat ‘sampah’ sahaja. 

Senang kita nak kesan siapa paling banyak menjana sampah dalam bandar raya, semacam Zainulfaqar senang nak kesan kambing hat mana berak lebih dalam kandang. Haha!

Jadi, kalau sedia tiga tong kitar semula, perbelanjaan lebih memang untuk menjaga alam dll. 

Kalau betul-betul nak jimat, bagi aku dengan pasang sensor pada tong sampah pun pakai duit ringgit juga. 

Baik tak payah kutip sampah langsung, kalau hujan lebat, lalu banjir kilat, last-last sebahagian sampah akan dihanyutkan ke sungai juga. 

Kita pakai metod takdir dan elemen alam semulajadi. 

Kalau boleh dengan dengan “Kun Fayakun!”, buat apa tambah guna tenaga di jabatan pembersihan PBT untuk mengelakkan lambakan sampah setempat?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus