03 January 2014

JAIS rampas 300 bible calar imej Islam, kata Ahli Lembaga Yayasan Islam P.Pinang

MUJAHID Yusof Rawa

Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis  Persatuan Bible Selangor serta merampas 300 naskah Bible semalam kononnya kelangsungan pada larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah nyata berlawanan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan badan agama itu nyata berlawanan dengan maksud dalalatun nas (petunjuk nas) daripada ayat 108 Surah Al-An'am yang bermaksud, "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan..."

"Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya.

"Kalau memaki sembahan agama lain pun dilarang dalam Islam demi menjaga imej Islam sebagai rahmatan lil 'alamin (rahmat seluruh alam), tindakan JAIS menyerbu premis agama lain lebih-lebih lagi lah dilarang dalam Islam sebenarnya," ujar beliau petang semalam menerusi telefon. 

Menurut Mujahid, peruntukan Enakmen 1988 mengenai Kewalan Penyebaran Agama kepada Orang Islam sepatutnya digunakan secara hikmah, bukan serbuan yang nyata menyerlahkan imej buruk kepada agama Islam sendiri.

"Kuasa hendaklah digunakan secara hikmah, apatah lagi melibatkan prinsip hubungan antara agama yang telah jelas digariskan dalam Islam," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang.

Mujahid berkata, serbuan JAIS itu turut bersalahan dengan dalalatun nas ayat 107 dari Surah Al-Anbiya' yang bermaksud, "tiada kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa Rahmat ke alam ini." dan "tiada paksaan dalam agama..." (Surah Al-Baqarah: 256)

"Jika ada aoa-apa bukiti bahawa pihak tertentu menyebarkan atau menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam dengan menggunakan kalimah Allah, maka pihak yang berkenaan hendaklah diambil tindakan kerana menyalahi semangan kebebasan beragama  dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi Persekutuan," ujar Mujahid sendiri.

Tambah beliau, Pihak Gereja dan Majlis Kristian Persekutuan sendiri wajar tambil menyatakan pendirian masing-masing bahawa mereka tiada agenda tersembunyi yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan beragama di negeri ini.

Seorang ahli Ahli Jawatankuasa PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa insiden JAIS merampas 300 naskah Bible itu untuk mengalih amarah rakyat, khususnya Melayu-Islam terhadap isu kenaikan kos sara hidup yang dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belakangan ini.

"Nampaknya isu rampas 300 bible ini sedang cuba menarik perhatian rakyat pada isu yang tidak kurang pentingnya, iaitu kos sara hidup rakyat kian melambung tinggi sekarang," ujar Zolkifly yang juga Ahli MMK Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang semasa dihubungi kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus