30 December 2014

Hudud Kelantan vs Kronisme UG?

"Sesungguhnya umat terdahulu sebelum kamu telah binasa kerana apabila golongan atasan dan bangsawan dalam kalangan mereka melakukan kesalahan, mereka dibiarkan. Apabila golongan bawahan dan rakyat biasa melakukan kesalahan, hukuman yang ditetapkan oleh Allah (Hudud) dilaksanakan ke atas mereka. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya pasti aku akan memotong tangannya."

* Terjemahan daripada hadith sahih riwayat Imam Al-Bukhari (No. 6,788) & Imam Muslim (1,688).

NGO urus rumah perlindungan wajar terima lebih dana Putrajaya, syor MP Bukit Bendera

ZAIRIL Khir Johari (belakang sekali, tiga dari kiri) diiringi Lee Chun Kit (belakang sekali, empat dari kiri) bergambar kenang-kenangan dengan warga Shah Children's Home di sini baru-baru ini.

ZAIRIL Khir Johari (depan, berdiri) berkongsi impiannya supaya Kerajaan Pusat lebih membantu menyalurkan dana kepada kesemua rumah pelindungan di tanah air ini, tanpa mengira warna kulit, keagamaan dan latar belakang politik.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TANJUNG BUNGAH - Badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan rumah perlindungan kanak-kanak, anak yatim serta orang kurang upaya (OKU) di negara ini sewajarnya mendapat dana sokongan yang lebih secara langsung daripada Putrajaya, sebagaimana di negera-negara maju lain.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata demikian pada Majlis Penyampaian Seragam Dan Kelangkapan Persekolahan Sesi Tahun 2015 kepada 19 anak yatim terpilih yang mendiami Shan Chindren's Home dekat Jalan Mount Erskine di sini baru-baru ini.

"Salah satu cabaran di Malaysia adalah sesetengah NGO yang tampil melaksanakan program amal tidak mendapat sokongan menggalakkan daripada Kerajaan Pusat, terutama berkaitan kebajikan (anak-anak yatim) sendiri.

"Masalahnya, ada yang mahir dan ada yang tidak mahir apabila Kerajaan Pusat cuba membangunkan pusat perkembangan seumpama ini (rumah pelindungan anak yatim).

"Justeru, saya mencadangkan Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan yang lebih kepada sektor swasta seperti NGO amal yang dikenal pasti mahir dalam membangunankan rumah perlindungan sebagai sebuah institusi perkembangan bakat kanak-kanak yang sebenar, dengan syarat ada pemantauan tadbir urus dana daripada Kerajaan Pusat sendiri," ujar Zairil pada majlis tersebut.

Dalam perkembangan sama, Zairil turut mempertikai kewajaran Kerajaan Pusat memberi peruntukan "luar biasa" berjumlah RM711 juta untuk Projek Permata Negara (Permata) yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2015 pada bulan Oktober lepas.

Zairil turut menyumbang sebuah mesin basuh 10 kilogram jenama Samsung kepada rumah anak yatim tersebut, demi memudahkan anak-anak yatim berkenaan menguruskan keperluan hidup masing-masing.

Difahamkan, pemberian barang kelangkapan sekolah kepada lapan murid sekolah rendah dan 11 murid sekolah menengah terpilih daripada rumah pelindungan berkenaan menelan belanja RM1,310, menggunakan peruntukan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bukit Bendera.

Sebelum itu, Pengasas merangkap Pengerusi Penang Shan Children's Home Association, Dr S. Balakrishnan berkata, pihaknya gigih berusaha menjadikan rumah perlindungan tersebut sebagai pusat perkembangan bakat kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri.

"Kami sangat mengalu-alukan bantuan berupa makanan yang bermutu serta sokongan dana kerana rumah perlindungan di sini sepatutnya lebih berperanan sebagai pusat perkembangan bakat untuk mereka yang terpilih mendiami di sini," jelas Balakrishnan, sambil mengalu-alukan sokongan dana daripada pihak berwajib.

Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Lee Chun Kit dan Syerleena Abdul Rashid (Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera) turut menyertai majlis sumbangan amal tersebut.

Sertai misi bantuan banjir 31 Dis. hingga 10 Jan., kata KeADILan P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - KeADILan turut menggerakkan jenteranya untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang yang kini masih dilanda bencana banjir yang teruk pada 31 Disember ini, serta 4 dan 10 Januari tahun depan.

MANSOR Othman.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Datuk Mansor Othman dalam kenyataannya berkata pasukannya masih mengalu-alukan sumbangan barang keperluan untuk mangsa, serta dana sumbangan tunai atau cek bolehlah disalurkan melalui Hong Leong Islamic Bank atas nama Parti Keadilan Rakyat bernombor akaun 024-01-000-315.

"Misi bantuan pada 31 Disember akan mengagihkan bantuan kecemasan berupa makanan asas, air mineral, biskut, sardin dan mee segera (cawan)," ujar Mansor yang juga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dipetik daripada kenyataan bertulis beliau pada petang tadi.

Selain bantuan makanan, katanya lagi, orang ramai dialu-alukan menyumbang pakaian baru, diapers, dapur portable, toto, selimut, lampu suluh dan barangan keperluan wanita.

Katanya lagi, sumbangan untuk bantuan keperluan pasca banjir berupa water jets, hose, portable LED lamps dan peralatan mencuci turut diperlukan dalam konvoi berperingkat tersebut.

Tambah Mansor, pihaknya turut melancarkan Tabung Bantuan Banjir membabitkan kepemimpinan semua wakil parti dalam Kerajaan Negeri, meliputi Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pemimpin peringkat cabang.

"Para sukarelawan dialu-alukan dan boleh mendaftar diri di pusat-pusat pengumpulan yang dinyatakan," jelas Mansor yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Hubungi jentera parti seperti di bawah untuk menyalurkan sumbangan, barangan keperluan dan sebagainya:

1. Pejabat Ranting PKR Tanjong, di 181 Jalan Arglly, Georgetown. (Depan Sek. Men. Perempuan Al-Mashoor, ( Fauzi – 019-4742408 )

2. Pejabat PKR Balik Pulau di Pejabat Penyelaras KADUN Pulau Betong, 149 C, Mukim E, Titi Teras Balik Pulau. (04-8660214), (Hj Mohd Tuah – 019-4708811), (Hj. Bakhtiar-019-
5709500).

3. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Dato’ Dr Mansor Othman di 35 Lorong Keramat Permai 1, Taman Keramat Permai, Nibong Tebal ( 04-5394703)

4. PKR Bukit Mertajam di Galeri Pejuang Cherok Tokkun, (Zulkifli Saad - 013-4362846)

5. Yayasan Aman Penanti, Bukit Mertajam.( Rodzi Hamid – 019-5252552)

Sumbangan Ibu Emas RM100 turut meliputi KADUN Pembangkang, kata Guan Eng

KETUA Menteri (tengah) dan Wong Hon Wai (paling kanan) turut bergambar kenang-kenangan dengan beberapa penerima tunai RM100 di bawah Program Ibu Emas di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

AIR PUTIH - Seramai 40,589 penerima Sumbangan Ibu Emas berjumlah RM100 baru-baru ini turut meliputi wanita suri rumah sepenuh masa yang berusia di bawah 60 tahun daripada 10 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) yang dikuasai Pembangkang Pulau Pinang.

Seramai 1,561 orang dipilih daripada KADUN Penaga, diikuti, Bertam (775 orang), Pinang Tunggal (1,256 orang), Permatang Berangan (1,204 orang), Sungai Dua (1,240 orang), Teluk Air Tawar (607 orang), Sungai Acheh (770 orang), Bayan Lepas (872 orang), Pulau Betong (1,091 orang) dan Telok Bahang (874 orang).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, program tersebut sebagai menghargai wanita berusia berusia di bawah 60 tahun yang menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa di negeri ini.

"Jumlah ini dilihat akan meningkat lagi berikutan sambutan yang menggalakan terhadap program ini," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih dipetik daripada perutusannya sempena Pelancaran Program Ibu Emas Negeri Pulau Pinang.

ADUN Air Itam, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri turut menyertai majlis tersebut di sini.

Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga kini telahpun menyalurkan memperkenalkan pelbagai Program Emas, dengan menyalurkan sumbangan secara one-off kepada mereka yang layak.

RM100 one-off diberikan kepada pelajar tahun 1 & 4 dan Tingkatan 1 & 4 di bawah Skim Pelajar Emas, RM200 one-off melalui Program Anak Emas baru lahir, serta RM1,000 one-off kepada waris warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang meninggal dunia.

Direkodkan, sebanyak RM120.36 juta telahpun disalurkan di bawah Program Emas sejak tahun 2008 hingga kini.

"Dari tahun 2008 hingga 2014, sebanyak RM89.9 juta (RM89,895,100) untuk Warga Emas dan waris, RM14.7 juta (RM14,733,300) untuk Pelajar Emas, RM3,991,200 untuk Ibu Tunggal dan waris, RM9 juta (RM9,027,000) untuk Anak Emas dan RM2.7 juta (RM2,716,100) untuk OKU (melalui) JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), yang keseluruhannya berjumlah RM120,362,700," ujar Guan Eng lagi yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Program Ibu Emas mula diperkenalkan pada awal tahun 2014 sejurus selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai menghargai sumbangan wanita dalam memelihara institusi kekeluargaan di Pulau Pinang, dengan jumlah pendaftaran sehingga 3 Oktober lepas sebanyak 40,589 orang.

Kesemua 40,589 wanita berkenaan masing-masing menerima sumbangan kali pertama sebanyak RM100 daripada Kerajaan Negeri.

600 terima bantuan persekolahan 2015 Pejabat Guan Eng

ZAIRIL Khir Johari (belakang, lima dari kiri), Muhasdey Muhamad (belakang, empat dari kiri), Mohamad Shaipol Ismail (belakang, paling kiri), dan Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman (belakang, paling kanan) merakamkan gambar dengan murid-murid yang terpilih menerima Bantuan Persekolahan 2015 Kerajaan Negeri Pulau Pinang Peringkat KADUN Pinang Tunggal di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PINANG TUNGGAL - 600 pelajar daripada 10 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) yang dikuasai pembangkang Pulau Pinang dipilih menerima bantuan persekolahan berjumlah RM60,000 daripada peruntukan Pejabat Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari semasa mewakili Guan Eng dalam ucapannya berkata, pemberian bantuan tersebut diharap dapat mengurangkan lagi beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak pada hujung tahun ini.

"Bantuan persekolahan ini sebenarnya untuk mengurangkan beban ibu bapa...saya sendiri sebagai ibu bapa yang anak saya akan mula masuk darjah satu tahun depan pun merasai kos persiapan persekolahan tidak lagi semurah dahulu.

"Keadaan ekonomi kita kurang baik, pendapatan rakyat pun tidak meningkat, ditambah lagi dengan beban GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) serta nilai mata wang RM (Ringgit Malaysia) yang merosot semangnya menyusahkan hidup rakyat Malaysia," ujar beliau kepada wartawan, selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan 2015 Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Pinang Tunggal, Muhasdey Muhamad, Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mohamad Shaipol Ismail, Ahli Lembaga Pengarah bagi Zakat Pulau Pinang (ZPP), Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman serta beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Tok Bedu turut menyertai majlis penyampian bantuan persekolahan tersebut.

Difahamkan, pemberian bantuan sumbangan kali ini membabitkan pelajar-pelajar dari KADUN Pinang Tunggal, Bertam, Penaga, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Pematang Berangan, Sungai Acheh, Teluk Bahang, Pulau Betong dan Bayan Lepas.

Sebanyak 60 pelajar dari tiap-tiap KADUN terpilih menerima pelbagai bantuan persekolahan yang keseluruhannya berjumlah RM60,000.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri membela golongan terpilih secara adil, termasuk di KADUN yang diwakili oleh wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang.

Paling teruk di Sg Rusa walaupun ribut kencang mula di Sg. Acheh, kata Hon Wai

WONG Hon Wai (paling kiri) mengiri Chow Kon Yeow (dua dari kiri) meninjau kerosakan bumbung dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Rusa di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kampung Sungai Rusa merupakan kawasan paling teruk dipukul ribut kencang selama lebih lapan jam mulai 7.00 petang semalam, diikuti, kawasan Pantai Acheh dalam Kawasan Parlimen Balik Pulau.

Dalam kemaskini status terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wei di dinding laman sosial facebook-nya, didapati lebih 200 rumah desa dekat Sungai Rusa mengalami kerosakan akibat bencana.

"Paling teruk di Sungai Rusa dengan kerosakan lebih 200 rumah, walaupun ribut kencang mula di Pantai Acheh," ujar Hon Wai yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng kepada wartawan, petang tadi.

Unit Penerangan di bawah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyertai pasukan Hon Wai dalam mendapatkan data awal berwajib daripada mangsa-mangsa bencana terbabit.

Sebelum itu, Hon Wai turut mengiringi Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Teow melawat beberapa rumah mangsa di Kampung Sungai Rusa di sini.


BERITA BERKAITAN:
Ribut kencang di Balik Pulau malam tadi mengingatkan banjir terburuk di Kelantan kini

PasMa hasrat sertai Konvoi DAP P.Pinang ke Kuala Kerai 1 Jan. 2015, kata Zolkifly Md Lazim

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Konvoi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang ke kawasan Parlimen Kuala Krai dekat Kelantan yang dijadualkan pada 4 Januari depan kemungkinan akan diawalkan pada Khamis jam 2.00 pagi ini bersama-sama konvoi Kerajaan Negeri kelolaan DAP negeri.

ZOLKIFLY Md. Lazim
Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Tuan Zolkifly Md. Lazim berkata, wakilnya telahpun menghubungi Wisma DAP Pulau Pinang pagi tadi, serta sedang mengatur pertemuan lanjut pada petang ini di ibu pejabat parti berkenaan dekat Jalan Rangoon di sini.

"Wakil kita baru menghubungi Cik Lim Sui Ying tadi agar PasMa boleh menyertai konvoi yang diatur urus oleh Kerajaan Negeri.

"Ini antara insiatif kita (PasMa) demi mengukuh lagi tapak sokongan DAP, PKR dan PAS atas nama Pakatan Rakyat di negeri ini," respons Zolkifly, yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, menerusi telefon.

Difahamkan, lapan sukarelawan PasMa Pulau Pinang akan menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda untuk membantu Konvoi DAP serta Kerajaan Negeri menghantar bantuan kemanusiaan kedua ke Kuala Krai, Khamis ini.

Menurut beliau, gerakan mengumpul dana, makanan serta barangan keperluan yang digerakkan oleh PasMa sejak minggu lepas diketuai oleh "DAP Melayu" Khairul Ishak dan Nasoruddin Shah Mat (pemimpin Uptown Perda Bukit Mertajam).


Berita Lanjut Mesyusul Kemudian

Ribut kencang di Balik Pulau malam tadi mengingatkan banjir terburuk di Kelantan kini

SEBATANG pokok durian sebesar dua pelukan manusia yang tumbang mengadang di jalan utama berhampiran Klinik Kesihatan Titi Teras dekat Balik Pulau akibat bencana ribut kencang pada malam tadi sedang dipotong oleh seorang warga setempat dalam kegelitaan di sini.
SALAH satu jalan utama di Kawasan Parlimen Balik Pulau yang baru dibersihkan selepas beberapa pokok tumbang akibat ribut kencang pada malam tadi di sini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BALIK PULAUPedalaman Kampung Titi Teras antara kampung di kawasan Parlimen Balik Pulau dekat Negeri Pulau Pinang yang dilanda bencana angin ribut kuat selama hampir empat jam mulai jam 7.00 malam tadi.

Daripada gambar-gambar yang disebarkan melalui laman mikro sosial WhatsApp dan facebook setempat, kelihatan ada beberapa batang pokok besar tumbang mengadang jalan utama di sini, akibat dipukul ribut yang kuat tersebut.

MARZUKI Md. Lazim (kiri) dan seorang pegawai Bomba.
Marzuki Md Lazim, 55, salah seorang warga Balik Pulau melalui panggilan telefon memberitahu bahawa ribut kencang itu mengingatkan mereka pada bencana banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang, yang kini menggamit perhatian banyak pihak.

"Ribut memang kencang, sudah ada pokok yang tumbang atas jalan, banyak juga bumbung rumah berterbangan dipukul ribut...harap bantuan segera daripada pihak berkuasa," kata Marzuki, pada malam tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim memberitahu bahawa Exco Kerajaan Negeri tertentu telahpun dihubungi untuk memberitahu mengenai bencana ribut kencang malam tadi.

"Buat masa ini, sudah ada sukarelawan PasMa di Balik Pulau sejak malam tadi untuk mengatur apa yang perlu, dan kita (PasMa) sedang mengatur dua atau tiga kenderaan pacuan empat roda untuk menyertai konvoi bersama DAP Pulau Pinang pada 1 Januari ini, selain, ke Pahang pada 5 Januari," ujar Zolkifly lagi yang juga Pengerusi PasMa Pulau Pinang, selepas mempengerusikan mesyuarat NGO-nya di Seberang Jaya pada malam tadi.

ZOLKIFLY Md. Lazim (paling kanan) serta anggota sekretariat PasMa PulauPinang mengadakan mesyuarat pada malam tadi di Seberang Jaya, untuk mengatur penghantaran bantuan kemanusiaan ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.
WONG Hon Wai (depan, kanan) diiringi Muhammad Bakhtiar Wan Chik pada pagi tadi turut mendapatkan maklum balas lanjut daripada penduduk setempat di perkarangan Masjid Sungai Rusa dekat Balik Pulau Piang mengenai bencana ribut kencang di sini semalam.

Tinjauan di laman sosial Facebook sekitar jam 9.00 pagi tadi mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai mengemaskini statusnya bahawa lebih 50 rumah di Kampung Masjid Sungai Rusa di Balik Pulau didapati mengalami kerosakan akibat bencana ribut kencang tersebut.

"Tiba di Masjid Sungai Rusa, Balik Pulau. Tinjau keadaan ribut kencang yang melanda melebihi 50 rumah yang bumbung terbang atau pokok tumbang terkena rumah di Balik Pulau. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kerajaan Negeri sedia membantu," ujar Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.

Kelibat Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Muhammad Bakhtiar Wan Chik turut kelihatan menyertai lawatan kilat Hon Wai ke tempat kejadian.

MUHAMAD Farid Saad antara ahli politik Pulau Pinang paling awal turun serta menyusun gerak kerja mengalihkan sebatang pokok durian sebesar dua pelukan manusian yang tumbang mengadang jalan satu jalan  utama dekat Balik Pulau di sini, malam tadi.

ADUN Umno bagi Kawasan Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad turut merakamkan sebatang pokok durian sebesar dua peluk tumbang mengadang jalan utama berhampiran Klinik Kesihatan Air Putih.

"Pokok durian sebesar dua pemeluk tumbang melintas jalan dijalan besar hampir berdepan dgn Klinik Kesihatan Air Putih. Angin bertiup kencang dan keras dikawasan Balik Pulau. 

"Terdapat beberapa pokok yg tumbang di jalan bukit baru. Beberapa buah rumah di kawasan Sg. Rusa dan Sg. Pinang berterbangan bumbong kerana tiupan agin yg luarbiasa kencang dan keras," ujar Muhammad Farid.

Jangan Pulau Pinang pula dilanda bencana ribut kencang nanti, ketika warga marhaen di negeri ini terusik jiwa mengikuti bencana banjir terburuk di Kelantan kini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus