30 December 2014

600 terima bantuan persekolahan 2015 Pejabat Guan Eng

ZAIRIL Khir Johari (belakang, lima dari kiri), Muhasdey Muhamad (belakang, empat dari kiri), Mohamad Shaipol Ismail (belakang, paling kiri), dan Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman (belakang, paling kanan) merakamkan gambar dengan murid-murid yang terpilih menerima Bantuan Persekolahan 2015 Kerajaan Negeri Pulau Pinang Peringkat KADUN Pinang Tunggal di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PINANG TUNGGAL - 600 pelajar daripada 10 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) yang dikuasai pembangkang Pulau Pinang dipilih menerima bantuan persekolahan berjumlah RM60,000 daripada peruntukan Pejabat Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari semasa mewakili Guan Eng dalam ucapannya berkata, pemberian bantuan tersebut diharap dapat mengurangkan lagi beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak pada hujung tahun ini.

"Bantuan persekolahan ini sebenarnya untuk mengurangkan beban ibu bapa...saya sendiri sebagai ibu bapa yang anak saya akan mula masuk darjah satu tahun depan pun merasai kos persiapan persekolahan tidak lagi semurah dahulu.

"Keadaan ekonomi kita kurang baik, pendapatan rakyat pun tidak meningkat, ditambah lagi dengan beban GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) serta nilai mata wang RM (Ringgit Malaysia) yang merosot semangnya menyusahkan hidup rakyat Malaysia," ujar beliau kepada wartawan, selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan 2015 Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Pinang Tunggal, Muhasdey Muhamad, Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mohamad Shaipol Ismail, Ahli Lembaga Pengarah bagi Zakat Pulau Pinang (ZPP), Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman serta beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Tok Bedu turut menyertai majlis penyampian bantuan persekolahan tersebut.

Difahamkan, pemberian bantuan sumbangan kali ini membabitkan pelajar-pelajar dari KADUN Pinang Tunggal, Bertam, Penaga, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Pematang Berangan, Sungai Acheh, Teluk Bahang, Pulau Betong dan Bayan Lepas.

Sebanyak 60 pelajar dari tiap-tiap KADUN terpilih menerima pelbagai bantuan persekolahan yang keseluruhannya berjumlah RM60,000.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri membela golongan terpilih secara adil, termasuk di KADUN yang diwakili oleh wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus