30 December 2014

Ribut kencang di Balik Pulau malam tadi mengingatkan banjir terburuk di Kelantan kini

SEBATANG pokok durian sebesar dua pelukan manusia yang tumbang mengadang di jalan utama berhampiran Klinik Kesihatan Titi Teras dekat Balik Pulau akibat bencana ribut kencang pada malam tadi sedang dipotong oleh seorang warga setempat dalam kegelitaan di sini.
SALAH satu jalan utama di Kawasan Parlimen Balik Pulau yang baru dibersihkan selepas beberapa pokok tumbang akibat ribut kencang pada malam tadi di sini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BALIK PULAUPedalaman Kampung Titi Teras antara kampung di kawasan Parlimen Balik Pulau dekat Negeri Pulau Pinang yang dilanda bencana angin ribut kuat selama hampir empat jam mulai jam 7.00 malam tadi.

Daripada gambar-gambar yang disebarkan melalui laman mikro sosial WhatsApp dan facebook setempat, kelihatan ada beberapa batang pokok besar tumbang mengadang jalan utama di sini, akibat dipukul ribut yang kuat tersebut.

MARZUKI Md. Lazim (kiri) dan seorang pegawai Bomba.
Marzuki Md Lazim, 55, salah seorang warga Balik Pulau melalui panggilan telefon memberitahu bahawa ribut kencang itu mengingatkan mereka pada bencana banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang, yang kini menggamit perhatian banyak pihak.

"Ribut memang kencang, sudah ada pokok yang tumbang atas jalan, banyak juga bumbung rumah berterbangan dipukul ribut...harap bantuan segera daripada pihak berkuasa," kata Marzuki, pada malam tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim memberitahu bahawa Exco Kerajaan Negeri tertentu telahpun dihubungi untuk memberitahu mengenai bencana ribut kencang malam tadi.

"Buat masa ini, sudah ada sukarelawan PasMa di Balik Pulau sejak malam tadi untuk mengatur apa yang perlu, dan kita (PasMa) sedang mengatur dua atau tiga kenderaan pacuan empat roda untuk menyertai konvoi bersama DAP Pulau Pinang pada 1 Januari ini, selain, ke Pahang pada 5 Januari," ujar Zolkifly lagi yang juga Pengerusi PasMa Pulau Pinang, selepas mempengerusikan mesyuarat NGO-nya di Seberang Jaya pada malam tadi.

ZOLKIFLY Md. Lazim (paling kanan) serta anggota sekretariat PasMa PulauPinang mengadakan mesyuarat pada malam tadi di Seberang Jaya, untuk mengatur penghantaran bantuan kemanusiaan ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.
WONG Hon Wai (depan, kanan) diiringi Muhammad Bakhtiar Wan Chik pada pagi tadi turut mendapatkan maklum balas lanjut daripada penduduk setempat di perkarangan Masjid Sungai Rusa dekat Balik Pulau Piang mengenai bencana ribut kencang di sini semalam.

Tinjauan di laman sosial Facebook sekitar jam 9.00 pagi tadi mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai mengemaskini statusnya bahawa lebih 50 rumah di Kampung Masjid Sungai Rusa di Balik Pulau didapati mengalami kerosakan akibat bencana ribut kencang tersebut.

"Tiba di Masjid Sungai Rusa, Balik Pulau. Tinjau keadaan ribut kencang yang melanda melebihi 50 rumah yang bumbung terbang atau pokok tumbang terkena rumah di Balik Pulau. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kerajaan Negeri sedia membantu," ujar Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.

Kelibat Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Muhammad Bakhtiar Wan Chik turut kelihatan menyertai lawatan kilat Hon Wai ke tempat kejadian.

MUHAMAD Farid Saad antara ahli politik Pulau Pinang paling awal turun serta menyusun gerak kerja mengalihkan sebatang pokok durian sebesar dua pelukan manusian yang tumbang mengadang jalan satu jalan  utama dekat Balik Pulau di sini, malam tadi.

ADUN Umno bagi Kawasan Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad turut merakamkan sebatang pokok durian sebesar dua peluk tumbang mengadang jalan utama berhampiran Klinik Kesihatan Air Putih.

"Pokok durian sebesar dua pemeluk tumbang melintas jalan dijalan besar hampir berdepan dgn Klinik Kesihatan Air Putih. Angin bertiup kencang dan keras dikawasan Balik Pulau. 

"Terdapat beberapa pokok yg tumbang di jalan bukit baru. Beberapa buah rumah di kawasan Sg. Rusa dan Sg. Pinang berterbangan bumbong kerana tiupan agin yg luarbiasa kencang dan keras," ujar Muhammad Farid.

Jangan Pulau Pinang pula dilanda bencana ribut kencang nanti, ketika warga marhaen di negeri ini terusik jiwa mengikuti bencana banjir terburuk di Kelantan kini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus