16 September 2015

Guan Eng, Kit Siang berjiwa besar, kata AJK AMANAH P.Pinang



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SELANGOR - "Bakarlah patung saya asalkan jangan bakar negara" yang dilafazkan oleh Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mencerminkan Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan serta Penasihat DAP Lim Kit Siang adalah pemimpin berjiwa besar.

Anggota Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim berkata demikian semasa mengkalung mafla parti Islam baru itu kepada Guan Eng, seusai Majlis Pelancaran Perdana Amanah di IDCC Shah Alam, Selangor pada tengah hari tadi.

Zolkifly turut memberitahu Kit Siang bahawa AMANAH di peringkat negeri  komited untuk mengukuhkan tapak sokongan rakyat terhadap Kerajaan Pulau Pinang, serta mahu muafakat ke arah penubuhan pakatan pembangkang ala 'Pakatan Rakyat' dapat direalisasikan secara bersama-sama tidak lama lagi

Terdahulu, patung Guan Eng dan Kit Siang dibakar dalam satu demonstrasi liar di Kelantan, menjelang Himpunan Merah di ibunegara, 16 September.


Atlet Olimpik Ooi Tze Liang dapat insentif RM12,000

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Atlet Pulau Pinang, Ooi Tze Liang yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio Janeiro dekat Brazil  dalam arena diving pada tahun depan akan diberi insentif galakan RM1,000 tiap-tiap bulan dalam tempoh setahun daripada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata,  atlet lain kelahiran negeri ini yang berjaya ke kejohanan antarabangsa turut akan diberikan insentif RM12,000 setahun,  sebagaimana dputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

"Sumbangan ini adalah galakan daripada Kerajaan Negeri.

"Ini kali pertama beliau (Tze Liang) ke Sukan Olimpik,  tentulah kami (Kerajaan Negeri) mengharapkan beliau mampu membawa pulang pingat untuk negera," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof.  P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chong Eng antara pemimpin Kerajaan Negeri yang hadir pada sidang media itu.

Tze Liang, 21, merupakan atlet lelaki pertama negara yang berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan Komanwel 2014 di Goslaw.

Dalam kejohanan itu, beliau turut memenangi pingat perak dalam acara terjunan papan anjal 10 meter lelaki.

Kini, beliau menduduki tempat kedua di belakang Tom Daley dari England.


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus