Skip to main content

Posts

Showing posts from December 11, 2013

Cerita menarik tentang avatar FB Malique Fiesal...

Malique Fiesal bukan nama baru dalam dunia media sosial Facebook, khususnya mereka yang meminati isu-isu politik Pulau Pinang.

Tahu tidak tahu, peribadi itu sebenarnya merupakan seorang pembuat bot fiberglass tempatan.

Ikuti wawancara eksklusif bersama anak Melayu Jelutong ini di keluaran terbaru Buletin Mutiara terbitan Kerajaan Negeri sekarang.


UG: Mohd Salleh anggap Roslan cuba tutup kelemahannya

KONTROVERSI isu UG: Bila Salleh Man nak bertemu PM, cuit Roslan Saidin hanya helah ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin untuk alih perhatian khalayak terhadap kelemahan diri wakil rakyat berkenaan.
Demikian respons lanjut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man semasa ditanya mengenai hal yang pernah meledak politik dalaman PAS sejak tahun 2008.
"Dia cuba alih perhatian dewan kepada saya pagi tadi hanya untuk tutup kelemahannya," respons Mohd. Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.
Beliau yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) turut mengaku bahawa beliau tidak diberitahu mengenai pertemuan sulit Setiausaha Politik bagi Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dengan kepemimpinan parti peringkat negeri, semalam.
"Itu mungkin tinjauan tidak rasmi pihak tertentu sahaja," seloroh Mohd. Salleh.
Sumber parti yang diteroka tengah hari …

'Doktor Rasis': Exco Kesihatan minta rakyat nilai wibawa Roslan

EXCO Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Dr. Afif Bahardin berkata, Pengarah Hospital Kepala Batas yang enggan namanya disebut kepada khalayak bukan ditukar atas sebab kontroversi isu 'Doktor Rasis' sebagaimana yang didalihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.
Malah, dakwaan Roslan dalam sidang mesyuarat DUN Pulau Pinang pada pagi tadi yang menyebut bahawa ada beberapa doktor berbangsa Cina terbabit telahpun melalui program kaunseling juga adalah tidak benar. 
Justeru, katanya lagi, elok rakyat sendiri menilai kredibiliti Roslan Saidin.
"Latihan ini memang ada di semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan sebagai pembangunan karier kakitangan kerajaan
"Pengarah Hospital Kepala Batas ditukar oleh JKN (Jabatan Kesihata Negeri) atas sebab kenaikan pangkat dan ia dilakukan bukan disebabkan apa yang disebut oleh dia (Roslan).
"Tanya pada orang awam lah sama ada mereka percaya Roslan Saidin a…

Banjir: Mujahid ketuai sukarelawan P.Pinang ke Kuantan

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa mengetuai lebih 50 konvoi sukarelawan Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang selama dua hari bermula esok.
Mujahid yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang (ZPP) dilaporkan membawa 1,000 kelengkapan pelbagai jenis untuk mangsa banjir bernilai lebih RM10,000, dari peruntukan dana zakat.

Difahamkan, jurucakap, Zolkifly Md. Lazim memberitahu, lebih 30 konvoi motosikal berkuasa tinggi mewakili  Inteam Bikers, ARC Utara Semenanjung Malaysia, PenangInsight.com dan Kelab Rekreasi Batu Kawan turut menyertai pasukan bantuan kemanusiaan itu.
Dalam  perkembangan berkaitan, Zolkifly yang juga anggota MMK Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata, beliau menyempurna majlis pelepasan pasukan sukarelawan serupa peringkat DUN Baya Lepas, semalam.

UG: Bila Salleh Man nak bertemu PM, cuit Roslan Saidin

Kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap sebagai kelangsungan idea Kerajaan Perpaduan (UG) PAS dan Umno sebelum ini turut dicuit dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada pagi ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin membangkitkan pertanyaan itu sambil menuntut resposn lanjut daripada ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
"Menteri Besar Kelantan (Ahmad) telah bertemu Datuk Seri Najib Razak, YB Permatang Pasir (Mohd. Salleh bila lagi," tanya Roslan dalam nada seloroh.
Roslan, wakil rakyat Umno secara tiba-tiba membangkitkan soalan itu perbahasan 'Doktor Rasis' : Roslan Saidin dirujuk ke JK Hak & Kebebasan panas! diperbahaskan.
Mohd. Salleh dalam reaksi spontan cuba menolak provokatif Roslan, tetapi dihalang oleh ADUN Jawi, Soon Lip Chee serta dipersetujui oleh Speaker DUN,…

'Doktor Rasis' : Roslan Saidin dirujuk ke JK Hak & Kebebasan panas!

Dikemaskini 11.53 pagi  Usul merujuk ADUN Pinang Tunggal Roslan Saidin ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan gara-gara membangkitkan 'Doktor Rasis' pada sidang mesyuarat lepas akhirnya diterima oleh majoriti wakil rakyat di DUN P.Pinang pada pagi tadi.

"Ini masih demokrasi kerana ADUN Pinang Tunggal masih boleh membela diri nanti," kata Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang semasa membuat ketetapan tersebut.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee membuat usul tersebut, sejurus Roslan muncul di dewan persidangan kira-kira 10.13 pagi tadi.
Roslan dalam reaksi spontan menganggap bahawa isu yang dibangkitkannya itu telah selesai.
"(Kenyataan) ini telah berlaku pada sidang yang lepas, saya anggap apabila sidang lalu dah selesai, maka ia sudah selesai.
"Sesekali saya tidak akan memohon maaf," dalih Roslan di sebentar tadi.
Dalam nada seloroh, Roslan juga berkata, beliau juga berhasrat menuntut permohonan daripada Speaker DUN Pulau …

Yuspi tuntut P.Pinang hargai kejayaan atlet paralimpik

Yuspi Mat Dali, 37, pagi ini menuntut Kerajaan Negeri memberi perhatian yang lebih pada kejayaan atlet paralimpik kelahiran Pulau Pinang.
Yuspi yang ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town berkata, beliau akan menyampaikan hasrat itu sekali lagi kepada Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng.
Beliau hadir sebagai reaksi pada cadangan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon semasa membahaskan Bajet 2014 pada, Isnin lepas. 
ADUN Seri Delima R.S.N. Rayer pula menuntut Yuspi serta atlet paralimpik lain di negeri ini diberi insentif dan pingat berwajib.
Yuspi merupakan anak kelahiran Bukit Teh, Bukit Mertajam, kini, sibuk menguruskan 'Gym Rakyat' di kampung tersebut secara sambilan.
Beliau kini berada pada ranking ke-11 dunia dan ke-7 Asia dalam Sukan Angkat Berat Paralimpik.
Beliau berjaya merebut 13 pingat di peringkat antarabangsa dalam arena sukan tersebut sejak 2001.

Ke mana RM9 juta zakat untuk mualaf, tanya Jahara

DARI RM72 juta jumlah kutipan semasa zakat bagi tahun ini, Datuk Jahara Hamid berkata, sepatutnya RM9 juta diagihkan kepada mualaf atau orang yang baru memeluk Islam di Pulau Pinang. 
Justeru, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang itu menuntut penjelasan lanjut daripada Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP) untuk memberi maklum balas lanjut.
"Di sinilah saya menuntut kesungguhan Majlis Agama Islam untuk mengagihkan pungutan zakat untuk muaalaf untuk tujuan dakwah," celah Jahara di DUN Pulau Pinang, Geogre Town pada pagi ini.
Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar membuat celahan itu semasa ADUN Pulau Betung, Sr.Muhammad Farid Saad semasa sesi perbahasan Bajet 2014.
Dijangka, Abdul Malik akan memberi respons pada sesi penggulungan nanti.

Kadir Jasin 'peluru mula' Mahathir ke kepala Najib, Rosmah?

Kritikan bekas Ketua Editor NST, Datuk A. Kadir Jasin ke atas isteri Perdana Menteri bernama Datin Seri Rosmah Mansor membayangkan perang dalaman Umno seakan digerilakan semula oleh bekas perdana menteri Tun Dr. Mohamad.
Kalau tidak lupa, Dr. Mahathir pernah mengumumkan keluar dari Umno demi menggandakan tekanan kepada 'Kerajaan Tiga Berana' semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bagaimanapun mengaku bahawa ayahnya melepaskan jawatan penasihat Patronas kerana 'tidak suka makan gaji buta', khalayak percaya tindak tanduk itu adalah protes kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setuju?

Lan Saidin 'tuang' sidang DUN P.Pinang muncul 10.13 pagi tadi

Dikemaskini 10.16 pagi ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin baru muncul di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Geogre Town pada detik 10.13 pagi tadi, bagi membahaskan Bajet 2014 pada sesi pagi ini.

Isnin lepas, wakil rakyat Umno itu dikesan sekejap sahaja menyertai persidangan pada sesi pagi, sebelum 'tuang'.
Cakap-cakap politik di luar dewan memberitahu bahawa beliau mempunyai isu besar yang cuba dielakkan pada sidang kali ini.
Sumber lain pula memberitahu, Roslan tidak hadir ke dewan atas urusan kekeluargaan, dikatakan kerana meneman isterinya menerima rawatan sakit barah di Hospital Besar Pulau Pinang.
Kontroversi Roslan tidak hadir ke dewan akan dicuit pada sidang penggulungan oleh Exco pada sesi mesyuarat petang nanti.
Nantikannya...

[Youtube] Aksi Rendra sajak ajak mahasiswa lawan pendosa negara!

Sajak Pertemuan Mahasiswa - Rendra

matahari terbit pagi ini
mencium bau kencing orok di kaki langit
melihat kali coklat menjalar ke lautan
dan mendengar dengung lebah di dalam hutan

lalu kini ia dua penggalah tingginya
dan ia menjadi saksi kita berkumpul di sini
memeriksa keadaan

kita bertanya :
kenapa maksud baik tidak selalu berguna
kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga
orang berkata : "kami punya maksud baik"
dan kita bertanya : "maksud baik saudara untuk siapa ?"

ya !
ada yang jaya, ada yang terhina
ada yang bersenjata, ada yang terluka
ada yang duduk, ada yang diduduki
ada yang berlimpah, ada yang terkuras
dan kita di sini bertanya :
"maksud baik saudara untuk siapa ?
saudara berdiri di pihak yang mana ?"

kenapa maksud baik dilakukan
tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya
tanah - tanah di gunung sudah menjadi milik orang - orang di kota
perkebunan yang luas
hanya menguntungkan segolongan kecil saja
alat - alat kemajuan yang diimport
tidak cocok bagi petani ya…

Bumi berputar lebih cepat bukti khiamat makin dekat - NASA

Orang tua kini ramai yang mengatakan bahawa waktu terasa berjalan semakin cepat. Dulu, kata mereka masa tidak secepat sekarang. Benarkah waktu semakin cepat? Atau hanya perasaan manusia sahaja hidup di dunia ini, sehingga tidak merasakan perjalanan waktu yang sebenarnya yang berterusan?
Tapi boleh jadi perasaan masa semakin cepat. Kata saintis NASA, masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat pecahan ribu saat. Tepatnya 1.26 milisaat . Namun jauh sebelum itu Rasulullah pernah bersabda :
" Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali kejadian berikut ini terjadi. Masa akan semakin singkat , di mana jarak akan semakin pendek dengan digunakannya kenderaan . "(Bukhari , Fitan.25 ; Ahmad ibn Hanbal , Musnad , 2 / 313) .
Dalam hadis lain disebutkan , Anas RA berkata , Rasulullah SAW bersabda , "Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali masa semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan dan sebulan yang berlalu seperti seminggu da…

Zahid Hamidi, Hisham sibuk buru Syiah tapi sembunyi misteri pembunuhan anggota TLDM?

Ini adalah gambar Allahyarham Asruf, seorang anggota TLDM yang berasal dari Tenom Sabah.
Keluarga mangsa tidak berpuas hati apabila anak mereka dilaporkan mati lemas ketika sedang menjalani latihan sedangkan menurut keadaan fizikal mayat mangsa, timbul elemen yang meragukan apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan dan wajah mangsa seolah-oleh didera.
Pihak keluarga ingin menuntut keadilan terhadap kematian mangsa yang jelas amat meragukan. 
Pihak keluarga mangsa juga percaya bahawa kematian tersebut ada kaitan dengan unsur kes penderaan.
Mohon penjelasan pihak tertentu samada perkara ini benar atau tidak... - King Reformasi via Facebook