11 December 2013

Lan Saidin 'tuang' sidang DUN P.Pinang muncul 10.13 pagi tadi

Ke mana Roslan Saidin menghilang?

 Dikemaskini 10.16 pagi ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin baru muncul di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Geogre Town pada detik 10.13 pagi tadi, bagi membahaskan Bajet 2014 pada sesi pagi ini.

Isnin lepas, wakil rakyat Umno itu dikesan sekejap sahaja menyertai persidangan pada sesi pagi, sebelum 'tuang'.

Cakap-cakap politik di luar dewan memberitahu bahawa beliau mempunyai isu besar yang cuba dielakkan pada sidang kali ini.

Sumber lain pula memberitahu, Roslan tidak hadir ke dewan atas urusan kekeluargaan, dikatakan kerana meneman isterinya menerima rawatan sakit barah di Hospital Besar Pulau Pinang.

Kontroversi Roslan tidak hadir ke dewan akan dicuit pada sidang penggulungan oleh Exco pada sesi mesyuarat petang nanti.

Nantikannya... 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus