JAHARA Hamid (tengah) bersama-sama ADUN Umno P.Pinang dalam satu sidang media baru-baru ini. |
DARI RM72 juta jumlah kutipan semasa zakat bagi tahun ini, Datuk Jahara Hamid berkata, sepatutnya RM9 juta diagihkan kepada mualaf atau orang yang baru memeluk Islam di Pulau Pinang.
Justeru, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang itu menuntut penjelasan lanjut daripada Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP) untuk memberi maklum balas lanjut.
"Di sinilah saya menuntut kesungguhan Majlis Agama Islam untuk mengagihkan pungutan zakat untuk muaalaf untuk tujuan dakwah," celah Jahara di DUN Pulau Pinang, Geogre Town pada pagi ini.
Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar membuat celahan itu semasa ADUN Pulau Betung, Sr.Muhammad Farid Saad semasa sesi perbahasan Bajet 2014.
Dijangka, Abdul Malik akan memberi respons pada sesi penggulungan nanti.
No comments:
Post a Comment