11 December 2013

Banjir: Mujahid ketuai sukarelawan P.Pinang ke Kuantan

MUJAHID Yusof Rawa (dua dari kiri), Zolkifly Md. Lazim (paling kiri) bersama dua lain mengadakan menyuarat penyelarasan konvoi sukarelawan Pulau Pinang ke Kuantan, kelmarin, selepas diamanahkan membawa bantuan bernilai RM10,000 daripada ZPP.
ZOLKIFLY Md. Lazim menyempurna majlis pelebasan pasukan sukarelawan peringkat DUN Bayan Lepas, di sini bagi membantu mangsa banjir di Kuantan, kelmarin.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa mengetuai lebih 50 konvoi sukarelawan Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang selama dua hari bermula esok.

Mujahid yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang (ZPP) dilaporkan membawa 1,000 kelengkapan pelbagai jenis untuk mangsa banjir bernilai lebih RM10,000, dari peruntukan dana zakat.

Difahamkan, jurucakap, Zolkifly Md. Lazim memberitahu, lebih 30 konvoi motosikal berkuasa tinggi mewakili  Inteam Bikers, ARC Utara Semenanjung Malaysia, PenangInsight.com dan Kelab Rekreasi Batu Kawan turut menyertai pasukan bantuan kemanusiaan itu.

Dalam  perkembangan berkaitan, Zolkifly yang juga anggota MMK Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata, beliau menyempurna majlis pelepasan pasukan sukarelawan serupa peringkat DUN Baya Lepas, semalam.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus