11 December 2013

Yuspi tuntut P.Pinang hargai kejayaan atlet paralimpik

(Dari kiri, berdiri) Zulkifli Ibrahim (Pegawai Khas Speaker DUN P.Pinang), Zainulfaqar Yaacob (penulis blog) dan Mohd.. Ikhwan Nasser Mohamad Isa (Pegawai kepada ADUN Machang Bubuk) bergambar kenang-kengan dengan Yuspi Mat Dali (duduk) di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town pada pagi tadi. 

Yuspi Mat Dali, 37, pagi ini menuntut Kerajaan Negeri memberi perhatian yang lebih pada kejayaan atlet paralimpik kelahiran Pulau Pinang.

Yuspi yang ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town berkata, beliau akan menyampaikan hasrat itu sekali lagi kepada Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng.

Beliau hadir sebagai reaksi pada cadangan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon semasa membahaskan Bajet 2014 pada, Isnin lepas. 

ADUN Seri Delima R.S.N. Rayer pula menuntut Yuspi serta atlet paralimpik lain di negeri ini diberi insentif dan pingat berwajib.

Yuspi merupakan anak kelahiran Bukit Teh, Bukit Mertajam, kini, sibuk menguruskan 'Gym Rakyat' di kampung tersebut secara sambilan.

Beliau kini berada pada ranking ke-11 dunia dan ke-7 Asia dalam Sukan Angkat Berat Paralimpik.

Beliau berjaya merebut 13 pingat di peringkat antarabangsa dalam arena sukan tersebut sejak 2001.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus