15 October 2014

Sukan Ria Boling rai Hari Jadi Ke-76 TYT


MAIMUNAH Mohd. Sharif (lima dari kiri) menyampaikan hadiah penghargaan kepada Tun Dr. Abdul Rahman Abbas (tiga dari kiri) dan isteri, Tok Puan Seri Majimor Shariff (empat dari kiri), sambil diperhati oleh Norlela Ariffin (paling kiri), Rozali Mohamud (dua dari kiri) dan Chong Eng (paling kanan) di sini baru-baru ini.
 TUN Dr. Abdul Rahman Abbas membaling bola boling sebagai gimik perasmian sukan ria, sambil diperhati oleh pemimpin Kerajaan Negeri lain di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini menganjurkan Sukan Ria Boling membabitkan kakitangan pihak berkuasa tempatan berkenaan, sempena Hari Jadi Ke-76 Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Isteri T.Y.T., Toh Puan Seri Majimor Shariff turut serta dalam keraian dekat Mega Lanes Bowling di pasar raya Megamall Pinang di sini.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng, Dr. Norlela Ariffin (Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti), Datuk Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua MPSP) serta Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah) turut serta dalam majlis tersebut.

Setiausah MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan hampir semua Ahli Majlis bagi MPSP turut menyertai program riadah tersebut.

Balingan bola oleh Tun Dr. Abdul Rahman sendiri membuka sukan ria boling pada hari tersebut.

Maimunah dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada Tun Dr. Abdul Rahman dan isteri kerana meluangkan masa menyertai sukan ria boling tersebut.

Guan Eng nasihat Menteri berhenti prejudis terhadap SJKC

(Dari kiri) LIM Hock Seng, Ketua Menteri dan Phee Boon Poh masing-masing menyempurnakan istiadat di Tokong Sum Thye Choo, sebelum berucap di depan lebih 1,000 hadirin di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI PUYU - Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini sejak sebelum merdeka sebenarnya menyumbang pada perpaduan nasional dan tidaklah meretakkan hubungan antara kaum seperti didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Razali Ibrahim baru-baru ini.

Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya merayu Razali membatalkan hasrat untuk menghentikan pembinaan SJKC yang baharu kelak, serta melemparkan kenyataan prejudis kepada mana-mana kaum di negara ini.

"Ada sekolah aliran Cina telah wujud sejak sebelum merdeka lagi dan kemudiannya diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan persekolahan negara.

"Di SJKC pun sudah menjadi pilihan murid-murid Melayu dan India kerena mereka mahu menguasai lebih daripada empat bahasa.

"Tak kiralah apa jenis aliran persekolahan sekalipun, semuanya mengajar ilmu yang sebenar berdasarkan sistem pendidikan nasional dan tidak pernah mengajar murid-murid untuk saling prejudis atau perkauman melampau," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan pada Majlis Jamuan Amal Menyokong Dana Pembangunan SJKC di perkarangan Tokong Sum Thye Choo di sini baru-baru ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng dan Phee Boon Poh (Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap ADUN Sungai Puyu) turut hadir pada majlis interaksi komuniti tersebut.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam turut memuji insiatif komuniti tokong berkenaan mengadakan majlis jamuan amal saban tahun untuk mencari dana sokongan kepada SJKC terpilih di negeri ini.

"Setiap tahun, keraian seumpama ini tak kurang dari 100 meja yang jelas menunjukkan kepimpinan serta semangat kerjasama, seperti sumbangan RM2,000 kepada SJKC Kwang Hua di sini.

"Kerajaan Pusat sepatutnya mempunyai semangat nasional seperti yang ditunjukkan oleh komuniti tokong dengan menyalurkan sumbangan kepada sekolah, tak kiralah sekolah aliran Cina atau Tamil atau Mubaligh atau Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri," jelas Guan Eng.

Difahamkan, Kerajaan Negeri melalui Bajet 2014 umpamanya mengumumkan peruntukan tetap kira-kira RM12 juta kepada semua sekolah bantuan modal berwajib di negeri ini.

Terdahulu, Razali dalam satu kenyataan pada 4 Ogos lepas dilaporkan berkata, sudah tiba masanya perkara itu dipertimbangkan memandangkan keharmonian antara kaum ketika ini semakin renggang dengan pelbagai isu.

Menurut beliau, perpaduan kaum perlu dipupuk sejak peringkat sekolah rendah lagi dalam iklim 'Sekolah Wawasan', berkonsepkan suatu kawasan pembelajaran tanpa mengira kaum atau agama.

Apa lagi insiatif Kerajaan Negeri selepas penduduk Kg Mutiara berjaya diusir oleh tuan tanah persendirian melalui perintah Mahkamah?

AWAL waktu Dhuha tadi lagi, saya telahpun respons di facebook BN tetapi telahpun dipadamkan. Di sini, respons susulan saya untuk menolak percubaan tidak langsung pembangkang kononnya menggambarkan Kerajaan Negeri yang mengusir Melayu dari kampung berkenaan.

Isu Kampung Mutiara dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang pun sebenarnya membabitkan tiga pihak.

Pertama, tuan tanah persendirian. Kedua, pemaju. Dan ketiga, penduduk asal di situ.

Tuan tanah persendirian itu menang kes di peringkat Mahkamah Rayuan Putrajaya, sekaligus mengakibatkan pengusiran penduduk asal dari kampung tersebut.

Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Hariszuan Jaharudin dalam reaksi spontan memberitahu bahawa Kerajaan Negeri secara pentadbiran telahpun menyediakan khidmat guaman untuk penduduk-penduduk asal berwajib demi menghadapi tuntutan tuan tanah persendirian tersebut hingga ke peringkat akhir mahkamah.

"Penduduk asal di situ sebahagian menerima khidmat guaman daripada pemimpin Umno, dan sebahagian lagi menerima khidmat guaman daripada Kerajaan Negeri sendiri, selepas pertemuan dengan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) serta Timbalan Ketua Menteriu I (Datuk Mohd. Rashid Hasnon sebelum ini.

"Dari segi undang-undang, Tuan Tanah Persendirian memang mempunyai hak ke atas tanah tersebut, tetapi, Kerajaan Negeri melalui PBT (MPPP) secara pentadbiran biasanya tidak akan meluluskan permohonan pelan perancangan pembangunan di atas tanah tersebut sehinggalah tuntutan penduduk asal di situ turut diambil kira," ujar Hariszuan, yang juga Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera semasa dihubungi pagi tadi.

Penjelasan tersebut sekaligus mendedahkan perkara sebenar di sebalik percubaan pembangkang Umno Barisan Nasional negeri menggambarkan bahawa pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng kononnya mengusir komuniti Melayu daripada kampung setinggan berkenaan. 

Perkhidmatan dikecualikan GST karut!

PENTADBIRAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telahpun mewartakan pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap beberapa jenis perkhidmatan berkaitan termasuk jenis pemilikan perumahan, lapor Utusan Online hari ini.

Apa yang diwartakan di website  Kementerian Kewangan itu karut belaka.

Ini kerana, banyak bahan-bahan pembinaan dan perkhidmatan seperti yuran arkitek, pendawaian elektrik dan caj paip masih tetap terakru pada kadar umum 6 peratus di bawah GST mulai tahun 2015.

Pemaju tidak akan menyerap kos terakru GST berwajib, sebaliknya kos ini sudah tentu akan dipindahkan kepada pembeli perumahan secara tidak langsung.

GST @ GONCANG SAMPAI TUMBANG


ZAINULFAQAR YAACOB
Timb. Pengerusi II
PasMa Pulau Pinang

PasMa lebar sayap ke Borneo fokus kukuh Pakatan, semarak semangat federalisme

MESYUARAT PasMa Pulau Pinang di Restoran Nashmir Bandar Perda dekat Seberang Jaya, malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan melebarkan sayap politiknya secara sederhana ke Malaysia Timur pula, selepas penjelahan NGO tersebut ke hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia nyata menggamit kritikan serta harapan banyak pihak.

Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim berkata, dua ahli jawatankuasa kerja negeri akan turut terbang bersama-sama delegasi NGO peringkat Pusat berkenaan ke Malaysia Timur, lusa.

"PasMa yakin projek mengukuhkan Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak akan mengukuhkan semangat federalisme," ujar Zolkifly yang juga AJK PAS Pulau Pinang di sini.

Zolkifly berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat sulung pembentukan jawatankuasa PasMa peringkat negeri di Uptown Perda dekat Seberang Jaya, malam tadi.

Menurut Zolkifly, sentimen warga Sabah dan Sarawak dikatakan menuntut berpisah dari Malaysia belakangan ini sebenarnya berpunca oleh kegagalan Putrajaya mengagih kekayaan negara di dua negeri berkenaan sejak lebih 50 tahun lepas.

"Penyertaan lebih ramai wakil rakyat Sabah dan Sarawak dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak tahun 2010, sebenarnya untuk servival BN, bukan menguntungkan rakyat.

"Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) pada PRU13 pernah syor royalti minyak naik dari lima peratus kepada 20 peratus jika PR kuasai Putrajaya, sebenarnya untuk kukuhkan semangat federalisme.

"Hari ini (14 Oktober 2014), Ahli Jawatankuasa Tertinggi Eksekutif DAP Dr Tan Seng Giaw pula dilaporkan menafikan bahawa parti masa depan itu menyokong tuntutan pemisahan Sabah atau Sarawak atau mana-mana negeri dari Malaysia.

"Nampaknya kunjungan kita (PasMa) tepat pada masanya, untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat serta semarakkan semangat federalisme Malaysia," jelas Zolkifly.

Terdahulu, DAP Sarawak dilaporkan pernah menyatakan hasrat untuk keluar daripada Pakatan Rakyat negeri, gara-gara saling mempunyai khilaf yang tajam dengan PAS peringkat Negeri serta di Semenanjung Malaysia.

Manakala, Ahli politik Sabah Datuk Jeffrey Kitingan pula dilaporkan berkata, semakin ramai rakyat dari Malaysia Timur menandatangani petisyen menuntut supaya Sabah dan Sarawak dipisahkan daripada Malaysia walaupun diancam dengan dakwaan mengikut Akta Hasutan.

Bercakap pada satu forum di Kuala Lumpur pada 30 September, beliau yang juga presiden Parti Pembaharuan Negeri Sabah (STAR) berkata, setakat ini, 20,000 tandatangan sudah dikumpul.

Petisyen itu akan dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membuka jalan kepada satu perbicaraan sama ada Sabah dan Sarawak berhak untuk mentadbir sendiri.

Petisyen itu masih diteruskan walaupun polis melancarkan siasatan terhadap kumpulan lain yang mengumpul petisyen secara atas talian bagi menentukan sama ada Sabah dan Sarawak perlu meninggalkan Malaysia.

Pemimpin daripada parti pembangkang itu berkata, siasatan polis itu sebaliknya mencetuskan lagi kebangkitan di kalangan rakyat biasa Sabah dan Sarawak.

Projek Dialog PasMa P.Pinang bersama blogger, facebooker 31 Okt.

HAMPIR 30,000 orang sahaja mendaftar sebagai Ahli PAS di Pulau Pinang, tetapi undi majoriti rakyat yang menyokong PR pada PRU13 lepas berjumlah 68 peratus.

Projek Dialog ini diadakan supaya PasMa boleh menjadi 'tabung kritikan dan harapan' rakyat di PRU14.

Jom kritik & kongsi impian anda dengan PasMa!

Info lanjut, hubungi saya, 0194241583.

ZAINULFAQAR YAACOB
Unit Publisiti
PasMa Pulau Pinang

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus