08 October 2016

Sistem Hidup Orang Asli | #DEKPOS



Semalam, saya bercakap dengan seorang ahli politik negeri.

Wartawan: Tuan pernah tengok tak Orang Asli tiada tanah?

Ahli Politik: Tanah tempat tinggal Orang Asli dalam hutan.

Wartawan: Tuan pernah tengok tak Orang Asli tak ada rumah?

Ahli Politik: Rumah Orang Asli dalam hutan.

Wartawan: Tuan pernah dengar tak Orang Asli tak cukup makan?

Ahli Politik: Makan Orang Asli tentulah ada dalam hutan dara.

Sambil-sambil minum kopi di Komtar, saya membeli masa lapang Ahli Politik itu lagi dengan beberapa soalan lain.

Wartawan: Di negeri moden yang demokratik seperti Pulau Pinang, tuan pernah tengok tak seorang pemuda yang tiada tanah, rumah serta tak cukup makan kadang-kadang pada hujung bulan sebelum gaji?

Ahli Politik: Sebenarnya Zul (baca: saya di Komtar memang dipanggil Zul) nak cakap apa, tapi perlu tanya saya macam budak-budak.

Apabila ahli politik itu nampak seakan tidak selesa dengan soalan saya, saya cepat-cepat memberikan jawapan.

Wartawan: Tunggu...tunggu...nama pemuda yang tiada tanah dan rumah dan tak cukup makan kadang-kadang itu namanya Zainulfaqar.

Ahli Politik: Betulkah? Berapa gaji sebulan Zul?

Wartawan: Gaji saya tak sampai RM4,000 dan pendapatan saya lebih besar berbanding duit ringgit Orang Asli yang ada tanah, rumah dan cukup makan tadi.

Ahli Politik: Itu dulu, sekarang Orang Asli pun semacam tiada tanah adat, rumah dan tempat tinggal.

Wartawan: Memang sistem kehidupan Orang Asli yang asal memang mereka ada tanah, rumah dan makanan. Selepas aktiviti pembalakan haram seperti di Kelantan hari ini mengakibatkan sistem hidup mereka itu diganggu gugat.

Ahli Politik: Maksudnya, sama lah seperti sistem kehidupan Zul yang tak ada tanah, rumah dan cukup makan...ya?

Wartawan: Sama disebabkan campur tangan asing. Orang Asli dalam sistem kehidupan mereka boleh mampu memiliki tanah tempat tinggal, rumah dan cukup makan kerana semua itu adalah keperluan. Orang Pulau Pinang yang mempunyai gaji bulanan tidak sampai RM4,000 tidak mampu menikmati semua keperluan itu kerana tanah, rumah dan cukup makan adalah komoditi yang diperdagangkan.

Ahli Politik: Takkan begitu.

Wartawan: Dulu ada. Tok Wan yang gaji tidak sampai RM130 sebulan boleh ada rumah sendiri dan cukup makan buat kerja kampung. Sebabnya, sistem kampung lebih dekat dengan sistem hidup Orang Asli yang melihat tanah, rumah dan makan sebagai keperluan (bukan komoditi yang diperdagangkan secara spekulatif seperti hari ini).

__________________
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus