02 February 2013

Berita Harian buat-buat tak perasan grup Kak Min dalang Gerakan Anti Anwar

Demi memecahkan tapak sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), akhbar Berita Harian yang dikuasai oleh Umno melaporkan berita "Gerakan jatuhkan Anwar" di Pulau Pinang.

Laporan aneh itu antara lain melaporkan, akar umbi PKR kononnya tidak berpuas hati dengan Anwar, Ketua Umum parti masa depan itu.

Bagaimana pun, laporan itu akhirnya mendedahkan, mereka yang dikatakan anti Anwar adalah penyokong Aminah Abdullah yang lebih dikenali Kak Min, calon bebas yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Penanti.

Grup ini kononnya datang dari kampung halaman Anwar sendiri, Kampung Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam.

"Jika di kawasan Anwar sendiri ahli parti itu boleh berpaling tadah, bayangkan di kawasan lain yang tidak diwakilinya," ujar sumber misteri Berita Harian.

Berita Harian mungkin menunggu 'giliran' selepas akhbar Utusan baru-baru ini tewas di mahkamah serta diminta bayar saman fitnah ke atas Anwar.

Melayu mati mengejut atau dipukul sampai mati dalam lokap polis?

TERLALU banyak kes tahanan mati dalam lokap sehinggakan kematian mereka yang dikategorikan sebagai kematian mengejut sukar dipercayai.

Mendiang A.Kugan sebelum ini pun dikatakan mati mengejut di lokap, namun, banyak pihak mengesyaki mangsa dipukul dalam lokap polis sehingga dibunuh.

Tiada mana-mana pihak termasuk mahkamah mengesahkan anggapan ini, tetapi, ahli politisi oposisi beberapa kali mendesak ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi memburu jawapan pada kes-kes sedemikian.

Dalam laporan terbaru Bernama hari ini, seorang lagi lelaki Melayu suspek kes samun dalam lokap polis dikesan mati, kononnya semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS), Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata kematian lelaki berusia 43 tahun itu diklasifikasi sebagai mati mengejut selepas mengalami sesak nafas dan berlaku pendarahan dalaman, kesan daripada penyalahgunaan dadah.

"Mohd Ropi Yaakob disahkan mati pada pukul 5.50 petang semalam. Dia ditahan di lokap polis Temerloh sejak 24 Januari," katanya kepada pemberita di Temerloh hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat pihak hospital, mendapati lelaki itu mati akibat 'upper gastrointestinal bleeding' (pendarahan gastrousus).

"Pemeriksaan terhadap mayat si mati turut dilakukan Majistret Temerloh Najwa Hashim, dan mendapati tiada kesan kecederaan dan tanda-tanda lebam pada badan si mati, serta tidak ada unsur jenayah atau kekerasan," katanya.

Beliau berkata lelaki itu mengadu sesak nafas semasa dalam lokap pada pukul 4.20 petang semalam dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Lelaki terbabit ditahan bersama empat lagi lelaki berusia antara 23 dan 48 tahun.

Mohd Ropi yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan, mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan enam kes samun termasuk satu kes cubaan membunuh yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Umno tak gembira Nasha gugur Ahli Majlis Syura Ulamak

UMNO tak gembira dengan berita pengguguran Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa dari menganggotai Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas baru-baru ini.

Naib Presiden parti perkauman itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berdalih, pemecatan Nasharuddin di sisi Pas umpama 'memaafkan diri'.

Dalih Ahmad Zahid lagi, Pas sepatutnya bersikap terbuka dengan kritikan-kritikan yang dikemukakan Nasharuddin.

Ini kerana, dalihnya, Umno Barisan Nasional selama itu digambarkan sebagai sebuah parti yang tidak boleh menerima perbezaan hatta didakwa tidak boleh bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO).

"Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Nasharuddin, (Datuk Dr) Hasan Ali dan ramai pemimpin Pas yang lain memperlihatkan parti itu 'menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri'," dalih beliau hari ini di Bagan Datoh sebagaimana dipetik dari portal Bernama.

Nasharuddin bersama-sama beberapa pemimpin utama Pas sejak empat tahun lepas mendapat perhatian banyak pihak ekoran iltizam politik mereka mahu membawa Pas bergabung dengan Umno atas nama 'Kerajaan Perpaduan' (UG).

Bagaimanapun, Nasharuddin digugurkan dari menganggotai MSU kononnya disebabkan tiada komitmen menghadiri mesyuarat majlis tertinggi itu.

Menyentuh pendirian Pas yang dilihat mengikut 'citarasa musim', beliau berkata Pas perlu lebih rasional dalam menentukan hala tuju kepimpinan dalam partinya jika mereka mahu dihormati.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun tidak mengulas mengenai kondisi keselamatan negara khususnya di Sabah yang dikatakan kian goyah ekoran sindiket memberi kad pengenalan warganegara kepada warga Filipina yang dikaitkan dengan pemimpin utama Umno.

Pun begitu, Ahmad Zahid dalam nada politik menyeru mereka yang telah 'terlanjur' menyokong Pas secara membuta-tuli supaya membuka mata dan hati melihat apa yang dilakukan parti itu. 

"Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokongnya, inilah masanya untuk membuat keputusan tinggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik...tinggalkanlah," dadih beliau lagi.   

Dalam perkembangan lain, Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemergian Nasharuddin ke Gaza baru-baru ini diperalatkan oleh BN, Ahmad Zahid berkata mereka sepatutnya membezakan antara soal kemanusiaan dan kepartian.   

"Siapa peralatkan siapa. Ini soal kemanusiaan, ini bukan soal parti, cuba bezakan Nasharuddin sebagai pemimpin NGO kerana itu soal kemanusiaan. Saya harap Pas bukalah mata, bukalah hati dan fikiran supaya soal kemanusiaan ini dapat dibezakan dengan kepartian," dalihnya. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus