09 March 2016

400 siswa jurusan pergigian tiada tempat praktikal, lapor sumber

GAMBAR hiasan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Lebih 400 mahasiswa jurusan tiada tempat praktikal di negara ini,  lapor sumber dalam Kementerian Kesihatan.

Menurut sumber, Kerajaan Persekutuan dijangka mempertimbang syor membekukan pengambilan pelajar bagi jurusan tersebut di semua universiti awam, dalam tempoh lima tahun mendatang. 

"Mungkin pengambil ke jurusan ini pun akan dibekukan lima tahun sebab lambakan doktor gigi melebihi kekosongan di hospital kerajaan," jelas sumber kepada pemberita pagi ini. 

Dalam perkara berkaitan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dilaporkan mempertimbangkan langkah membekukan pengambilan pelajar jurusan kedoktoran.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengambil langkah itu demi mengelak lambakan doktor serta mengurangkan kos tanggungan Kerajaan Pusat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bagaimanapun berdalih bahawa Kerajaan Pusat hanya mengetatkan syarat kelayakan untuk pengambilan pelajar ke jurusan tersebut sahaja.

RM100,000 bina pusat penjaja berbumbung

KETUA Menteri menyempurnakan gimik Majlis Pecah Tanah Projek Pasar Penjaja Berbumbung Kampung Permatang Tinggi di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

MACHANG BUBUK - Pemajuan Pusat Penjaja Berbumbung Kampung Permatang Tinggi menelan belanja RM100,000 daripada sumber Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata projek itu akan memberi manfaat kepada 500 keluarga atau 3,500 penduduk setempat.

"Inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi mengupayakan rakyat Pulau Pinang, terutama di kawasan kampung," jelas Guan Eng.

Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam itu berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Makananan Permatang Tinggi di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, Kerajaan Negeri pada tahun ini dijangka membelanjakan RM30.9 juta untuk pengecualian cukai kepada penghuni rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah kampung.

ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua MPSP) dan Boo Jak Siak (Pengerusi JKKK Kampung Permatang Tinggi) turut sertai majlis tersebut.

Perubatan, tiga sektor lain berdaya saing era ekonomi mencabar, PasMa puji kemampuan Kerajaan Pulau Pinang

ZOLKIFLY Md. Lazim  (paling kiri) saling berdialog mengenai "Prospek PasMa Dalam Jalur DAP" bersama Liew Chin Tong (dua dari kiri) serta rakan-rakan lain di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

BALIK PULAU - Iklim ekonomi negara yang kian mencabar belakangan ini menyebabkan sektor makanan, pendidikan, kesihatan dan kecantikan serta perubatan lebih berdaya saing, berbanding elektrik & elektronik  (E&E) dan beberapa sub-sektor lain.

Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim memberitahu, kemampuan Kerajaan Negeri hari ini membaca perubahan iklim ekonomi semasa sekaligus berjaya mendorong firma peranti perubatan dari Jerman, KLS Martin melabur di negeri ini.

"Sama ada waktu ekonomi berkembang atau bergerak perlahan seperti sekarang ini, empat sektor ini (makanan, pendidikan, kesihatan & kecantikan serta perubatan) bertahan lama kerana tetap diperlukan penduduk dunia.

"Bagi saya, Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) membaca corak perubahan ekonomi ini serta cepat mengubah tumpuan pelaburan di negeri ini,  supaya lebih menarik minat pelabur," jelas Zolkifly yang juga Presiden D'BM  Hospital Permatang Pauh ketika dihubungi lewat malam tadi.

Justeru, beliau menggesa umat Islam khususnya di Pulau Pinang supaya mengubah tabiat organisasi daripada politik kepartian kepada politik ekonomi, dengan menggandakan sumber pendapatan pada era ekonomi negara kian teruk.

"Zaman susah, umat Islam kena menggandakan sumber pendapatan atau mengurangkan kos perbelanjaan jika masih mahu berpolitik tanpa menjana sumber baru," jelas Zolkifly yang juga Ketua Kawasan Parti Amanah Negara  (AMANAH) Parlimen Balik Pulau.

Tambah beliau, B'Braun  dan Haemonetics (Amerika Syarikat) antara dua firma peranti perubatan antarabangsa yang terkenal melabur di Pulau Pinang, sebelum ini.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan mengumumkan KLS Martin dari Jerman membuka firma peranti perubatan di Taman Perindustrian Ringan Juru dekat Batu Kawan, dengan pelaburan langsung asing (FDI) selama lima tahun kira-kira RM100 juta.

Guan Eng memberitahu pengalaman Pulau Pinang dalam perindustrian lebih 40 tahun, terutama dalam sektor E&E sebelum ini,  mendorong Kerajaan Negeri menarik lebih banyak pelabur asing pelbagai sub-sektor termasuk perubatan ke negeri ini.

Katanya, pelaburan KLS Martin akan mewujudkan kira-kira 500 peluang pekerjaan baharu di negeri ini kelak.

Pelaburan ke Pulau Pinang direkodkan sebanyak RM8.2 bilion dengan peningkatan sebanyak 110 peratus, berbanding RM3.9 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam tempoh tujuh tahun antara 2008 hingga 2014, pelaburan ke Pulau Pinang direkodkan sebanyak RM48.2 bilion, dengan peningkatan 93 peratus berbanding tujuh tahun sebelum itu (2001 hingga 2007) sebanyak RM24.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Zolkifly mengaku bahawa NGO PasMa Pulau Pinang sedang meneroka prospek politik ekonomi dalam jalur DAP, termasuk mengadakan dialog dengan Liew China Tong (Ahli Parlimen Keluang merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan) baru-baru ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus