Skip to main content

Posts

Showing posts from October 24, 2014

7 tips mudah solat awal waktu

MENUNAIKAN solat pada awal waktu adalah keutamaan bagi tiap-tiap mukallaf.
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya...” [Surah An-Nisa':103]
Seharian dihambat pelbagai tanggungjawab kadangkala mengakibatkan kita lazim solat pada lewat waktu. Lebih malang jika 'tercicir' solat.
Sesungguhnya solat pada awal waktu adalah salah satu cara untuk kita mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa sibuk kita seharian.
Inilah 7 tip mudah tunai solat awal waktu:
1. Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji Rancang pertemuan dengan rakan-rakan di Masjid atau Surau berdasarkan waktu solat fardhu yang lima kerana lazimnya solat di tempat pertemuan itu adalah pada awal waktu.
Isteri muda cantik jelita saya selalu menentapkan janjitemu dengan pelanggan-pelanggannya bersempena waktu solat, tidak terbatas di masjid sahaja.
2. Berkawan dengan mereka yang awal solatnya Bersahabatlah dengan me…

KM Sarawak anggap dua menteri bodoh sebab nak hapus SJKC, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempertikai kenyataan prejudis Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Razali Ibrahim yang mendakwa pepecahan kaum di negara ini disebabkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Menurut beliau, kenyataan prejudis Ahmad Zahid dan Razali itu sebenarnya turut dipertikai oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, sebagaimana dilaporkan dalam suatu akhbar arus perdana berbahasa Cina baru-baru ini.
"Ada pemimpin Umno bukan sahaja menyatakan (hasrat) untuk tidak membina sekolah jenis kebangsaan cina yang baru, malah, mahu menutup sekolah-sekolah aliran yang sedia ada.
"Saya rasa itu memang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia yang memberikan jaminan untuk (semua etnik) menggunakan dan mempelajari bahasa ibunda.
"Cadangan (Ahmad Zahid dan Razali) ini turut mendapat reaksi daripada Tan Sri Adenan Satem, yan…

8 tip jadi suami hebat!

SEBAGAI suami, kita sendiri boleh nilai diri, sama ada kita adalah pemimpin yang hebat di sisi isteri atau sebaliknya.
Keluarga yang hebat mestilah dipimpin oleh ketua yang hebat.
Maka, tidak dapat tidak kita sebagai suami pun mesti tahu beberapa tip untuk menjadi suami dan ketua keluarga yang hebat.
Berikut adalah rahsia kehebatan seorang suami yang sangat-sangat diimpikan oleh kaum isteri solehah di Malaysia:
1. Imam solat Jadilah imam solat kerana solat yang dianggap tiang agama akan mengukuhkan tiang seri rumah tangga secara hebat.
Curilah masa sekurang-kurangnya waktu Subuh, Maghrib atau Isyak untuk solat berjemaah bersama supaya isteri dan anak-anak bertambah yakin bahawa Si Suami hebat boleh memimpin mereka ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2. Mengajar ilmu agama Bukan mudah. Peringkat awal, mungkin boleh mula kongsi info agama menerusi WhatsApp, facebook, emel dan sebagainya.
Kalau ada masa, cipta masa istirahat bersama isteri dengan pergi mengikuti kuliah Maghrib atau Dhuh…