24 October 2014

8 tip jadi suami hebat!

ZAINULFAQAR Yaacob bersama isteri, Siti Hajjar Hassan di Pameran Bunga-Bungaan @ Floriade dekat Commonwealth Park, Canberra Australia pada 14 September 2014. | Foto: Siti Mahirah M Tahir
SEBAGAI suami, kita sendiri boleh nilai diri, sama ada kita adalah pemimpin yang hebat di sisi isteri atau sebaliknya.

Keluarga yang hebat mestilah dipimpin oleh ketua yang hebat.

Maka, tidak dapat tidak kita sebagai suami pun mesti tahu beberapa tip untuk menjadi suami dan ketua keluarga yang hebat.

Berikut adalah rahsia kehebatan seorang suami yang sangat-sangat diimpikan oleh kaum isteri solehah di Malaysia:

1. Imam solat
Jadilah imam solat kerana solat yang dianggap tiang agama akan mengukuhkan tiang seri rumah tangga secara hebat.

Curilah masa sekurang-kurangnya waktu Subuh, Maghrib atau Isyak untuk solat berjemaah bersama supaya isteri dan anak-anak bertambah yakin bahawa Si Suami hebat boleh memimpin mereka ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajar ilmu agama
Bukan mudah. Peringkat awal, mungkin boleh mula kongsi info agama menerusi WhatsApp, facebook, emel dan sebagainya.

Kalau ada masa, cipta masa istirahat bersama isteri dengan pergi mengikuti kuliah Maghrib atau Dhuha.

Lazimkan bercakap agama dengan anak-anak kerana ia sekaligus akan mencuri rasa kagum isteri.

3. Matang
Ramai suami berusaha untuk dilihat matang sebelum berumahtangga, tetapi tidak selepas berkahwin.

Jangan baran kerana karenah isteri kadang-kadang kerana terlalu mengimpikan layanan matang serta kasih sayang daripada suami sebagaimana masa sebelum berkahwin.

4. Pandai memasak
Jangan menjadi suami yang hanya tahu memakan daripada air tangan isteri sahaja, kerana sebenarnya suami lebih dikagumi jika pandai memasak.

Sebenarnya, air tangan suami jauh lebih ajaib dalam mengeratkan hubungan antara suami dan isteri serta anak-anak.

5. Suami yang indipendent
Ringan-ringankan tulang untuk mengurus keperluan diri serta anak-anak seperti menggosok baju, membasuh baju, tolong mandi serta cebok anak kerana semua itu menjadikan anda bukan sahaja suami hebat, bahkan lebih romantik di mata isteri.

6. Berprinsip sederhana
Jangan memperlihatkan diri lemah dengan terlalu mendengar serta mengikut pandangan ahli keluarga, terutama jika isteri tinggal bersama mertua.

Pendirian keluarga hanya pembimbing, tetapi keputusan untuk membahagiakan keluarga atau menjernihkan salah faham dengan iaitu mesti diputuskan oleh suami secara rasional, empeti, sopan dan sederhana.

7. Bersama-sama mendidik anak
Banyak yang berlaku, isteri ditatang bak minyak yang penuh ketika menanggung, tetapi suami acapkali menyerahkan urusan menjaga anak-anak kepada isteri selepas bersalin.

8. Jadilah suami serba tahu
Serba tahu ertinya suami mempunyai bakat serta pengetahuan yang serba-serbi. Isteri cukup kagum sekiranya suami mempunyai pengetahuan pelbagai, termasuk mengenai hobi Si Isteri dan anak-anak.

Suami sebegini, bukan sahaja dikagumi oleh Si Isteri, bahkan disegani kenalan-kenalan serta disayangi mertua.

"Suami yang hebat boleh mengubah diri dan mengetuk pintu hati isteri dan anak-anak untuk berubah..." -Hukama'


Layari blog isteri di sini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus