"Hanya orang sibuk sahaja ada masa!" - Zainulfaqar |
MENUNAIKAN solat pada awal
waktu adalah keutamaan bagi tiap-tiap mukallaf.
Firman
Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya...” [Surah
An-Nisa':103]
Seharian
dihambat pelbagai tanggungjawab kadangkala mengakibatkan kita lazim
solat pada lewat waktu. Lebih malang jika 'tercicir' solat.
Sesungguhnya
solat pada awal waktu adalah salah satu cara untuk kita
mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa sibuk kita seharian.
Inilah
7
tip mudah tunai solat awal waktu:
1.
Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji
Rancang
pertemuan dengan rakan-rakan di Masjid atau Surau berdasarkan waktu
solat fardhu yang lima kerana lazimnya solat di tempat pertemuan itu
adalah pada awal waktu.
Isteri muda cantik jelita saya selalu menentapkan janjitemu dengan pelanggan-pelanggannya bersempena waktu solat, tidak terbatas di masjid sahaja.
2.
Berkawan dengan mereka yang awal solatnya
Bersahabatlah
dengan mereka yang cukup cakna dengan solat dan seringkali ghairah
untuk solat pada awal waktu.
Kalau
nak berpolitik pun, berkawanlan dengan ahli politik yang ghairah
solat pada awal waktu. In sha Allah kita
akan solat awal waktu sepertinya.
3.
'Save' kerja tanpa
alasan
Pastikan
kita terus save kerja
dan tutup skrin desktop komputer anda apabila terdengar azan.
Itu
membuatkan kita tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan kerja kita
sehinggalah kita selesai solat di awal waktu.
Ditanya
Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab:
Solat di awal waktu. [Hadis Riwayat At-Trimidzi]
4.
Guna aplikasi reminder waktu
solat.
SOFTnet merupakan antara aplikasi mesra pengguna untuk pengguna telefon
pintar jenis adroid. Percuma.
Sebagai
ingatan, jika deringan dalam mood azan, cukuplah sekadar reminder
diri, dan jangan sampai
mengganggu teman sekeliling.
5.
Rebut solat jamaah di masjid
Iltizam
ibadah kita untuk merebut solat berjamaah di masjid, sekaligus
membuatkan kita solat pada awal waktu.
6.
Tampal Nota di merata-rata
"Solatlah
di awal waktu kerana Allah..." Ini mungkin contoh nota yang
boleh ditampal pada skrin desktop komputer atau dinding bilik tidur
atau meja study
kita.
Kita
akan lazim melakukan sesuatu amalan yang terlalu lazim kita lihat dan
terpasak kukuh dalam fikiran kita.
7.
Jadilah solat sebagai polisi utama
Seseorang
yang berjaya menguruskan masa yang sibuk secara disiplin adalah
seorang yang berjaya.
Justeru,
jadikan solat pada awal waktu sebagai salah satu polisi kita dalam
menguruskan masa secara berjaya.
Ingat,
hanya orang sibuk sahaja ada masa!
“Sesungguhnya berjayalah orang mukmin, iaitu mereka pada solat yang khusyu’ pada solat mereka.” [Surah Al-Mukminun: 1 &2]
Layari blog isteri di sini. |
No comments:
Post a Comment